berita

Suami Tak Boleh ‘Move On’ Berpisah, Penggal Kepala Skandal Isteri Sampai Putus

September 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

penggal kepala

Gambar sekadar hiasan

Pihak polis menahan seorang lelaki yang bertindak memenggal kepala kekasih isterinya pada petang Khamis.

Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Maut & Putus Tapak Tangan, Ditetak Rakan Bapa Tiri

Artikel Berkaitan: Berang WiFi Lambat, Lelaki Tetak Tangan Kawan

Bawa kepala mangsa

tetak skandal isteri

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan The Times of India, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kampung di daerah Tenkasi, India.

Suspek bertindak memenggal kepala lelaki tersebut semasa mangsa sedang memerhatikan lembu-lembu peliharaannya meragut rumput.

Setelah itu, suspek membawa kepala mangsa ke kampung isterinya lalu diletakkan di hadapan rumah mentuanya sebelum melarikan diri.

Menurut polis, motif pembunuhan adalah kerana lelaki tersebut berang dan mendakwa isterinya menjalinkan hubungan sulit sehingga berlaku perselisihan faham antara mereka.

Difahamkan pasangan itu berpisah dan wanita tersebut tinggal bersama ibu bapanya.

Susulan itu, pihak polis mula menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan tersebut manakala mayat mangsa juga telah ditemui.

Sumber: The Times of India

SKIP THIS AD ×