berita

Suami Tak Kisah Ella Bermanja Dengan Lelaki Lain

January 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Ella & Azhar

Umum tahu Ratu Rock tempatan, Ella amat sinonim dengan sifat manjanya ketika berada dihadapan peminat. Namun begitu, menurut suaminya Azhar, Ella merupakan seorang yang lebih manja ketika berada di rumah dan sifat manja tersebut tidak pernah membuat Azhar merasa kurang selesa atau cemburu.

“Pada saya, Ella yang awak semua lihat sekarang lebih reserved berbanding di rumah. Dia lebih manja daripada itu di rumah. Soal cemburu melihat kemanjaannya dengan orang lain, saya tak kisah sangat kerana saya faham itu memang sifat semula jadinya.”

“Tapi selalunya kalau ada yang tak kena di mata saya, kami akan sama-sama bermuhasabah dan mana-mana perkara yang tidak manis, kami akan perbetulkan.”

Mengulas lebih lanjut mengenai sifat manja Ella, Azhar menfikan yang dia terlalu memanjakan isteri tercinta sehingga melarang penyanyi tersebut membuat kerja-kerja rumah.

“Bukan memanjakan, cuma dalam hal seperti ini, saya tidak mahu membebankan Ella dengan kerja rumah. Mana yang saya boleh bantu, saya bantu,” komen Azhar mengenai isteri tercinta.

Dalam pada itu, Ella turut akui yang dirinya sering mengucapkan kata-kata sayang kepada Azhar dan semua ucapan tersebut lahir daripada hati yang ikhlas dan bukannya sekadar dibuat-buat.

“Ella ikut nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang suami isteri kenalah selalu ucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. Macam Ella, dalam sehari beberapa kali jugalah Ella ucapkan kata sayang pada Azhar. Tapi biarlah ucapan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.”

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×