Seorang suami di Indonesia bertindak kejam selepas tergamak membuang isteri dan anaknya yang baru sahaja dilahirkan di sebuah ladang tebu di Kediri, Jawa Timur, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Suami Tikam Isteri Berkali-Kali Sampai Mati Di Gerai Sayur
Artikel Berkaitan: Wanita Komplot Dengan Kekasih Bunuh & Tanam Mayat Suami, Guna Garam Untuk Hapuskan Bukti
Suspek dan mangsa bertengkar atas motor
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kompas, pertengkaran itu berlaku apabila si isteri meminta suami untuk menghantarkannya untuk berjumpa dengan seseorang.
Dalam perjalanan, suspek dan mangsa dipercayai bertengkar.
Suspek yang dipercayai berang dengan pertengkaran itu kemudiannya bertindak memecut motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan mangsa yang tidak memakai topi keledar terjatuh.
Suspek kemudiannya mengangkat semula mangsa naik ke atas motor dan meneruskan perjalanan meskipun isterinya itu terjatuh berkali-kali ke atas jalan.
Buang isteri di ladang tebu
Gambar sekadar hiasan
Menyedari isterinya semakin tidak berdaya, suspek bertindak meninggalkan wanita itu di sebuah ladang tebu di Dusun Pluncing sebelum berlalu pergi begitu saja.
Mangsa yang kemudiannya sempat melahirkan seorang bayi di ladang tebu berkenaan kemudiannya ditemui maut bersama-sama bayi disebelahnya oleh pencari rumput pada Rabu.
Suspek kini sudah ditahan pihak polis dan akan didakwa mengikut Penghapusan Kekerasan dalam Rumah Tangga (PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Sumber: Kompas