berita

Suami Tergamak Sebar Gambar Bogel Isteri Gara-Gara Pertengkaran

March 22nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang suami didakwa menyebarkan gambar bogel isterinya di media sosial Facebook and aplikasi WhatsApp selepas mereka bertengkar sesama sendiri.

Artikel Berkaitan: Buat Duit Dengan ‘Live’ Berbogel, Polis Berkas Influencer

Artikel Berkaitan: Rakam & Muat Naik Gambar Bogel Ketika Bercuti, Suami Isteri Didenda Di Singapura

Artikel Berkaitan: Sebar Foto, Video Aksi Intim Dengan Isteri Orang Di Facebook, Lelaki Maut Ditetak Guna Sabit

Sebar gambar bogel isteri

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, lelaki yang berusia 41 tahun itu merakam keadaan isterinya tanpa seurat benang selepas berasmara ketika melancong ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal Mac.

Menurut peguam bela wanita berkenaan, Diah Lestrai, pasangan itu melancong ke Turkiye pada Rabu lalu dan mula menghadapi pertengkaran apabila mendapati suaminya bersembang bersama wanita lain di internet.

Kejadian itu merupakan punca utama suaminya menyebar gambar tersebut di media sosial.

Mereka bertengkar sesama sendiri kerana adanya wanita lain dan saat itulah mangsa melihat foto bogelnya sudah disebar oleh si suami di media sosial.

Susulan daripada itu, mangsa bertindak untuk pulang ke Indonesia dan melaporkan hal berkenaan kepada polis Samarinda, Kalimantan Timur pada Sabtu lalu.

Sumber: Detiksulsel

SKIP THIS AD ×