Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, kepercayaan merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri setiap individu termasuklah bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Isteri Pemain Bola Tepis Dakwaan Berlaku Curang Dengan 2 Lelaki, Minta Orang Ramai Berhenti Tabur Fitnah
Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Skandal Dengan Harith Iskander, Influencer Nadira Isaac Tampil Bela Diri – ‘I Tak Ada Kaitan Lah’
Rupanya bukan anak kandung
Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang individu yang dipercayai peguam syarie berkongsi semula kisah sepasang suami isteri yang boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit telah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan memiliki dua cahaya mata.
Tetapi apa yang mengejutkan, si suami langsung tidak mengetahui bahawa anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu ternyata bukan darah dagingnya.
Keputusan DNA membuktikan dua anaknya itu merupakan hasil hubungan terlarang si isteri dengan dua lelaki lain.
Ya saya memang teringin nak ada anak tapi saya ditipu hidup-hidup. Bila saya tanya isteri, dia boleh kata tak sengaja.
Wanita terbabit sekali lagi menegaskan kepada hakim bahawa dia tidak sengaja melakukan perbuatan itu sehingga terpaksa merahsiakan perkara tersebut kepada si suami.
Disebabkan itu, mahkamah memberi kebenaran kepada si suami untuk melafazkan talak kepada isterinya.
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya menitipkan nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati dalam memilih pasangan selain menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang.
Sumber: TikTok