berita

Suami Ugut Sebar Video Bogel Selepas Isteri Minta Cerai Berkali-Kali

March 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Rawang, seorang suami sanggup memukul dan merakam video bogel isterinya selepas dipercayai berang dengan tindakan wanita itu yang minta cerai. Dia juga mengugut mahu menyebarkan video bogel itu. Memetik laporan Harian Metro, suspek bagaimanapun telah ditahan pihak polis selepas menerima aduan dari isteri sendiri.

Mangsa sering meminta cerai

Difahamkan, suspek berusia 31 tahun itu naik angin apabila isterinya meminta cerai dan dia bertindak memukul mangsa. Bukan itu saja, dia turut menanggalkan pakaian mangsa dalam keadaan bogel dan merakam video untuk tujuan mengugut.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa sendiri dan suaminya itu ditahan ketika berada di rumah mereka di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Punca kejadian apabila pengadu minta untuk diceraikan dan perkara ini selalu diulang olehnya sehingga wujud ketegangan dalam keluarga.

Akibat kejadian itu, mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Selayang selepas mengalami luka calar dan lebam pada bahagian muka serta leher.

Susulan insiden itu, pihak polis menahan mangsa dan merampas telefon bimbitnya bagi membantu siasatan berhubung video bogel dirakamnya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×