berita

‘Suara Anda Berhak Didengari’ – Nak Tau Kenapa Setiap Undi Di Pilihan Raya Penting?

April 2nd, 2018 | by Epul
Kini Trending

Eh, nak pergi mana tu? Lepak mamak? Kan harini mengundi! Tak pergi mengundi ke?

Haa, nanti kalau masa hari mengundi korang ada nampak siapa-siapa yang mengelat tak pergi mengundi, ajaklah diorang sekali! Jangan pulak korang biarkan diorang lari pulak…

Sebab apa, setiap undi itu penting! Semua rakyat Malaysia wajib jalankan tanggungjawab untuk mengundi! Setiap seorang daripada korang yang membaca artikel ni, kena mengundi! Nak tau kenapa? Teruskan membaca…

1. Undi korang mampu mempengaruhi orang lain jugak sebenarnya!

Mesti ada di antara korang fikir “ala, kalau aku mengundi pun, satu undi je. Tak payahlah undi. Satu undi bukan boleh ubah apa-apa pun.” No! Salah konsep tu!

Cuba bayangkan macam mana kalau mak, ayah, atuk, nenek dan kawan-kawan korang semua fikir benda yang sama? Semua tu tak mengundi! Rugi tu, banyak kot undi terbuang! Jadi, apa kata ubah persepsi tu dan jom ramai-ramai mengundi untuk masa depan negara yang cerah!

2. Undi kita boleh bina masa depan cerah untuk Malaysia

Admin confirm, mesti ramai mengaku serik dan fed up dengan pelbagai isu serta permasalahan negara contohnya jalan berlubang, sampah merata dan macam-macam lagilah… Satu hari, mesti korang nak tengok perubahan dalam semua hal ni, settle dan semua rakyat Malaysia hidup happy. Kan?

Waktu ni lah korang kena bertindak dengan mengundi parti mana yang korang rasa berupaya dan mampu memperbaiki serta menyelesaikan masalah-masalah ni! Jadi, kalau korang semua nak semua masalah negara diselesaikan, turunlah mengundi! Nah sedikit kata-kata pembakar semangat untuk korang…

Dengan mengundi, waktu ni lah korang nak buktikan kata-kata korang dengan tindakan,
Bukan sekadar komen macam keyboard warrior!

3. Setiap undi mewakili ‘suara’ korang

Tau tak, bila korang tak mengundi, suara diorang yang mengundi akan lebih didengari. Dalam tak sedar, korang meletakkan masa depan Malaysia di tangan diorang bila korang tak mengundi…

Daaan, korang jugak tak ada peluang untuk bersuara mengenai masalah negara bila korang tak mengundi! Kenapa? Sebab korang tak membuang undi untuk memilih parti mana yang boleh menyelesaikan masalah-masalah negara!

4. Jangan percaya 100% survey Pilihan Raya, ia hanyalah ramalan

Kalau korang pernah isi borang kaji selidik dan poll sebelum ni, mesti korang percaya semua tu bukanlah 100% tepat. Sama jugak macam ramalan Pilihan Raya…

Jadi, korang janganlah terus tawar hati atau terlalu yakin dengan ramalan tu hinggakan korang sanggup tak turun mengundi. Keputusan dan siapa menang untuk memerintah kerajaan adalah belakang cerita, yang penting mengundi!

5. Undi korang bukan untuk korang je, ia mampu mengubah kehidupan orang lain

Mungkin ramai di antara kita cukup makan, minum dan ada tempat tinggal. Alhamdulillah, beruntung… Tapi, masih ada yang kurang berkemampuan, yang mana sebenarnya mereka juga ada hak sebagai manusia!

Undi korang bukan saja untuk korang; ia juga untuk mereka yang tak mampu bersuara bagi pihak diorang! Mengundi adalah hak paling istimewa dalam demokrasi. Jadi, lindungi hak tu dengan turun mengundi untuk Pilihan Raya akan datang ni!

Korang dah tau setiap undi tu penting kan? Tunggu apa lagi, jomlah ramai-ramai mengundi!

Takkan tak sedar lagi setiap undi itu penting? Bangkitlah anak Malaysia. Inilah masanya kita untuk mengundi bagi mewakili suara kecil kita di antara jutaan lagi rakyat Malaysia. Setiap satu undi dari korang semua penting. Kalau satu undi hilang, apa akan jadi? Jom kita turun ramai-ramai membuang undi untuk masa depan Malaysia!

Ajak kawan-kawan, family semua mengundi okay!

The following two tabs change content below.