Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun bertindak menegur seorang pempengaruh wanita yang mengajak para penonton supaya mendekatkan wajah di skrin ketika sedang berkongsi nasihat.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Terkilan Orang Islam Sertai ‘Speed Dating’ – ‘Agama Sangat Meninggikan Maruah & Sifat Malu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sabar Anak Jarang Dilihat, Jarang Dihargai’ – Ustazah Asma’ Harun
Dilarang dalam Islam
Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ berkata perkongsian seperti itu boleh menjurus kepada impak negatif dan disifatkan tidak beretika sebagai seorang pempengaruh muslimah.
Astaghfirullah..memang dah baca sana sini komen berkaitan ada pempengaruh wanita muslimah yang menyampaikan dengan cara non muslimah, wanita non muslim pun lebih sopan dan beretika.
Ada yang share secara public bagaimana ia telah menjadi bahan untuk perbuatan yang jijik. Jelas ia termasuk ‘soft porn’.
Pendakwah bebas itu juga menegaskan perbuatan tersebut ditegah dalam Islam dan hukumnya haram kerana gaya penyampaian yang menggoda.
Suara yang lembut manja pun dilarang, ini pula dengan gaya menggoda dan wajah didekatkan dengan skrin. Cara begini sudah termasuk dalam larangan jelas yang mendatangkan dosa dan hukumnya haram.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut berkongsi ayat Al-Quran dari Surah Al-Ahzab ayat ke 32 yang menerangkan tentang larangan tersebut.
‘Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan peringatan yang diberikan oleh Ustazah Asma’ berikutan ianya telah tular dan menjadi bahan parodi kepada segelintir pengguna media sosial.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun