berita

‘Suara Macam S*** Bodoh!’ – Tak Pernah Persoal Rezeki Orang, Nabila Razali Terkilan Dihina Netizen

November 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi lagu Peluang Kedua iaitu Nabila Razali sebelum ini sudah beberapa kali dikecam gara-gara persembahan nyanyiannya yang didakwa kurang merdu. Boleh dikatakan, penyanyi dan juga pelakon ini sudah lali dengan kritikan yang dilemparkan orang ramai kepadanya di media sosial.

Terbaru, Nabila sekali lagi kongsikan kutukan netizen yang diterimanya melalui DM di Instagram. Satu akaun Instagram yang tidak dikenalinya telah melontarkan kata-kata kesat dan kritikan kepada penyanyi Peluang Kedua itu.

Suara macam sial!

Mesej yang diterima penyanyi ini boleh disifatkan kurang ajar dan tidak sewajarnya apabila individu berkenaan menuduh Nabila ‘mengangkang’ kepada pihak produksi semata-mata untuk mendapatkan peluang lakonan. Bukan itu sahaja, individu tersebut juga mengutuk suara Nabila yang diibaratkan seperti ‘kartun’.

Mesti Satu Malaysia happy… suara macam sial lah bodoh! Tak payah nak try hard suara kau memang tak sedap bahalol!

This is really sad’

 

View this post on Instagram

 

SubhanAllah… Sesungguhnya saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain… This is really sad… ?

A post shared by Second Chance ??? (@nabila.razali) on

Sementara itu, Nabila Razali bersedih dengan kecaman dan kritikan yang diterimanya melalui DM berkenaan. Bagaimanapun, posting tersebut juga telah ditutup ruang komen.

SubhanAllah… Sesungguhnya saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. This is really sad.

Sumber: Nabila Razali

SKIP THIS AD ×