berita

Suara Serak Tidak ‘Kacau’ Konsert Noah, Bakal Kembali Lagi Ke Malaysia Tahun Hadapan

November 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas lima tahun, akhirnya kumpulan Noah kembali ke Malaysia dengan ‘Konsert Noah Live In KL’. Konsert Noah yang berlangsung malam tadi di Zepp Kuala Lumpur, memang luar biasa sambutannya dengan kehadiran lebih 2,500 penonton.

Artikel Berkaitan: Konsert Rossa ‘Full House’, Berbaloi Bayar Gaun Harga RM235,000

Layan peminat bergambar

Noah yang dianggotai oleh Ariel, David (keyboardist) dan Lukman (gitaris) membuka tirai persembahan tepat jam 8.45 malam dengan lagu Separuh Aku.

Meskipun mengalami masalah teknikal di awal konsert dan suara Ariel menjadi lebih serak namun itu tidak ‘mencacatkan’ acara yang berlangsung.

Malam ini tiada sesiapa yang akan tertinggal kerana semua adalah sebahagian daripada konsert ini.

Anda semua luar biasa. Kami tidak mampu menggambarkan rasa gembira apabila berpeluang kembali ke Malaysia selepas lima tahun.

Sepanjang konsert yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit itu sebanyak 16 buah lagu telah didengdangkan untuk mengubati kerinduan peminat.

Antaranya Di Atas Normal, Menghapus Jejakmu, Mungkin Nanti, Menunggumu, Ada Apa Denganmu, Wanitaku, Di Atas Normal, Yang Terdalam dan Bintang Di Syurga.

Penonton suruh lanjut lagi

Dalam pada itu, penyanyi berumur 41 tahun itu mendedahkan dia bakal kembali lagi ke Malaysia bagi mengadakan konsert skala besar pada tahun hadapan.

Selepas 16 buah lagu, akhirnya sudah sampai ke penghujung waktu acara. Peminat di Malaysia tidak pernah menghampakan kami.

Semoga tahun depan kita bertemu lagi dalam sebuah acara sebegini dan lokasinya lebih besar.

Sementara itu, Pengasas YOLO Asia iaitu Ib Harun berkata setiap pengunjung yang hadir diberikan sebuah ‘led wrist-band’ atau gelang tangan dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) sebelum memasuki dewan konsert.

Apabila pembeli mengenakannya, lampu led di gelang tangan akan menyala mengikuti ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung.

Ini merupakan kali pertama seumpamanya gajet sebegini digunakan di Malaysia dalam konsert bernuansa Melayu.

Kesemua pengunjung terhibur dengan perubahan warna ‘wrist-band’ di samping menambah keseronokan pada atmosfera di dalam dewan konsert.

Selain itu, pembeli juga turut menerima sekeping kad bersaiz Touch ‘n Go dengan paparan band Noah sebagai kenang-kenangan.

Sekadar info, ‘Konsert Noah Live In KL’ dibawakan oleh YOLO Malaysia.

SKIP THIS AD ×