berita

‘Sudah 3 Tahun Jalin Hubungan, Sebelum Dia Aktif Politik Lagi’ – Emma Maembong

May 16th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sejak nama YB Syed Saddiq mula menjadi sebutan dan kegilaan gadis diluar sana, ramai pula artis mengambil kesempatan bergambar dan dikongsi menerusi media sosial masing-masing. Pelakon Emma Maembong juga tidak terlepas peluang memuat naik foto bersama Ahli Parlimen Muar ini.

Emma Maembong menafikan dakwaan tersebut dan mengakui sudah mempunyai hubungan bersama Syed Saddiq 3 tahun hanya sebagai kawan.

‘Saya dan dia hanya kawan’

https://www.instagram.com/p/Bil9NOxHp4j/?taken-by=emma_maembongofficial

Emma Maembong sudah mengenali Syed Saddiq sejak 3 tahun lepas sebelum jejaka tampan ini bergiat aktif dalam dunia politik. Namun, ruang komen pada video ini telah ditutup bagi mengelakan kecaman netizen masuk ke notifikasi akaun Emma Maembong.

Saya dikecam kononnya mahu mengambil kesempatan ke atas Syed Saddiq selepas memenangi kerusi Ahli Parlimen. Anda semua boleh tengok akaun Instagram saya di mana saya sebenarnya sudah lama berkawan dengan beliau.

Bermula dengan kejutan birthday 

Kami mula berkawan apabila saya mengutus mesej kepada Syed Saddiq meminta beliau membuat kejutan pada majlis hari jadi pembantu peribadi saya yang menyukai ketokohannya berdebat. Syed Saddiq dengan rendah hati bersetuju melakukannya… Dari situlah kami mula berkawan.

Syed Saddiq juga pernah hadirkan diri semasa majlis pelancaran filem Kimchi Untuk Awak. Kehadirannya sebagai tanda menyokong kerjaya Emma dalam dunia seni.

Sebelum ini, apabila saya memuat naik foto bersama dirinya, tiada siapa kisah. Sekarang, apabila beliau sudah jadi Ahli Yang Berhormat, baru orang perasan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×