berita

Tak Ada Benda Nak Tanya, Sampai Stokin Pun Jadi Isu! Soalan ‘Luar Biasa’ Peminat Sharifah Sakinah Bikin Terhibur

February 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah, pasti semua sudah mengenali pelakon yang berperwatakan ‘gila-gila’ dan sering dihimpit dengan berita sensasi. Bahkan, ada juga dalam kalangan netizen tertarik melihat telatah bersahaja pelakon ini.

Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Dituduh Rampas Suami Orang?

Artikel Berkaitan: ‘Sumpah Saya Tak Tahu..’– Dakwaan Sakinah Sudah Kahwin, Ini Respon Sharifah Shahira

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila Sharifah Sakinah berkongsi mesej yang dikirim oleh salah seorang ‘peminatnya’ di Instagram.

Kiriman mesej dari ‘peminat’

Pemenang DM Instagram jatuh kepada @sabirin101. Dari Julai sebenarnya dia tanya busuk tak stoking. Tak putus asa walaupun tak reply. Tahniah.

Menerusi video pendek yang dikongsikan Sharifah Sakinah memaparkan mesej yang diterima di Direct Message di Instagram oleh seorang lelaki. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah pertanyaan yang diajukan kepada Sharifah Sakinah sangat ‘luar biasa’. Lelaki ini bertanyakan adakah stokin yang dipakai pelakon ini berbau busuk atau pun tidak.

Paling tidak disangka-sangka soalan yang sama telah ditanya oleh individu ini sejak dari bulan Julai tahun lepas. Lama tu! Sharifah Sakinah mendakwa lelaki ini seorang yang tidak mudah berputus asa kerana biarpun dia tidak membalas pertanyaan tersebut tetapi individu ini masih berusaha menghantar mesej kepadanya.

Terima mesej dari bulan Julai

Haa dah balas!

Sementera itu, pelakon ini akhirnya membalas kiriman mesej tersebut dengan menjawab ringkas memberitahu bahawa stokin yang dipakainya itu memang berbau busuk.

‘So busuk tak stokin?’

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan soalan yang diajukan itu malah mereka tertanya-tanya bagaimaan individu ini terfikir untuk bertanyakan soalan seperti itu. Tidak kurang juga ada yang bergurau mengatakan bahawa individu tersebut merupakan peminat stokin.

Sumber: Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×