berita

Sudah Bertemu Pengganti, BCL Pilih Duda Anak Tiga?

March 29th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari menjadi bualan ramai di media sosial selepas kemunculan seorang lelaki yang dikhabarkan adalah teman lelaki barunya.

Artikel Berkaitan: Meriah Sambutan Hari Jadi BCL, Netizen Pertikai Cara Berdoa – ‘Islam Ke Apa Ni?’

Pilih duda?

Memetik liputan6, lelaki itu bernama Tiko Arywardhana dan dikatakan duda kepada tiga orang anak. Hasil pencarian maklumat, Tiko dikatakan bertugas dalam industri kewangan dan perbankan di sebuah bank terkemuka.

Difahamkan, Tiko dan Bunga atau lebih mesra disapa BCL mula menghadiri majlis keluarga bersama sejak tahun 2022. Bagaimanapun, mereka tidak pernah bergambar berdua dan menayang kemesraan kepada orang ramai.

Selain itu, Tiko juga kerap menemani BCL ke pelbagai acara lain sekali gus membuatkan wartawan dan peminat terus berteka-teki.

Pada majlis ulang tahun kelahiran BCL ke-40 baru-baru ini, Tiko juga menghadirinya dan dilihat begitu mesra dengan BCL sepanjang acara berlangsung.
Terdahulu, suami kepada BCL iaitu Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, Indonesia.
BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

Foto-foto lain

Sumber: Liputan6

SKIP THIS AD ×