berita

Sudah Dibebaskan & Siasatan Akan Terus Dijalankan

May 8th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kontroversi melanda Uqasha Senrose menjadi bualan hangat netizen apabila pelakon ditangkap polis disyaki memiliki 53 biji pil dipercayai Erimin 5. Walaubagaimanapun, dia mendakwa dirinya disabotaj dan teraniaya.

Siasatan terhadap kes ini masih dijalankan oleh pihak berkuasa. Kini, dia telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan pada malam semalam.

Dibebaskan dengan ikat jamin

Menurut myMetro, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Roslan Khalid melaporkan pihak polis sedangmenyiasat sama ada pil berbalut kerajang aluminium (aluminium foil) yang ditemui dalam beg tangan wanita itu adalah dadah atau sebaliknya.

Katanya, selepas selesai proses tersebut baru siasatan akan menjurus kepada persoalan bagaimana dadah itu berada dalam simpanannya pula.

Susulan penemuan bahan itu bersama pelakon terbabit, kita perlu menjalankan siasatan terperinci mengenainya. Siasatan ini termasuklah untuk mengesahkan bahawa bahan itu dadah atau bukan, dengan menghantar bahan itu ke makmal. Hanya selepas mendapat keputusan ujian makmal, barulah kita akan menjurus kepada siasatan lain termasuk
bagaimana bahan itu berada bersamanya, termasuk unsur sabotaj.

Tambahan pula, Asisten Komisioner Roslan berkata tidak akan timbul isu polis menghentikan siasatan berdasarkan dakwaan pelakon berkenaan yang telah mengakui dirinya disabotaj. Siasatan akan tetap diteruskan juga.

Sumber: myMetro

SKIP THIS AD ×