Pelakon Fattah Amin mengakui reda dengan takdir dan ketentuan Allah SWT membabitkan keretakan rumah tangganya dengan isteri, Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Tengok WhatsApp Dia, Tunjuk Kalau Berani’ – Fattah Amin Bidas Tuduhan Tidak Pujuk Fazura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Dakwa Fattah Tak Pernah Bagi Duit Raya Sepanjang Perkahwinan – ‘Fatima Empat Tahun Tak Merasa’
‘Sudah dijodohkan saya dengan dia, saya terima’
Ketika ditemui OhBulan, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia sama sekali tidak menyesal berkahwin dengan Fazura sebaliknya menganggap mereka berdua tidak berjodoh.
Kita tidak tahu jodoh kita, dengan siapa yang kita akan jumpa. Sudah dijodohkan saya dengan dia, saya terima. Tetapi Allah sudah tetapkan jodoh kami tak berpanjangan, sampai di situ sahaja.
Meskipun reda dengan keputusan perceraian tersebut namun Fattah meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Saya reda. Namun doakan yang terbaik untuk saya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada akan meneruskan untuk memujuk Fazura, Fattah berkata kedua-dua pihak seharusnya memainkan peranan dalam usaha untuk pujuk-memujuk.
Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.
Dia kena ada usaha daripada dua belah pihak. Saya juga masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup.
Terdahulu, Fattah dan Fazura dah bercerai talak satu sekitar pujul 9.45 pagi pada Isnin.
Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Video
@ohbulanofficial Fattah doakan yang terbaik untuk Fazura ?#ohbulan #fyp #news #fattah #doakan #terbaik #untuk #fazura ? original sound – OHBULAN!