Pelawak, Shuib memberitahu bahawa mereka sekeluarga masih berharap paras oksigen di dalam badan Siti Sarah kembali normal. Tambah Shuib, isterinya sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.
Artikel berkaitan: ‘Pagi Ni Dia Dah Buka Mata’ – Shuib Syukur ‘Ayash Affan’ Dah Stabil, Mohon Netizen Jangan Henti Doa
Artikel berkaitan: Rakan Artis Buat Majlis Doa Selamat & Bacaan Yasin Secara ‘Virtual’ Untuk Siti Sarah & Fazli Zainal
Artikel berkaitan: ‘Sarah Masih Lagi Belum Sedar, Masih Perlukan Bantuan Oksigen…’ – Shuib Sepahtu
Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan
Sudah hampir 30 jam koma
Sarah sudah hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor maklumkan Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama. Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak.
Menurut Shuib, terdapat sedikit darah beku di paru-paru isterinya. Namun begitu, doktor tidak boleh melakukan apa-apa pembedahan buat masa sekarang. Ini kerana, Sarah baru sahaja selesai menjalani pembedahan semalam.
Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya
Ujar Shuib lagi, setiap hari tanpa Sarah di rumah membuatkan dirinya rindu dan hati menjadi sayu. Pada masa yang sama, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat Sarah.
Jangan tidur lama-lama
View this post on Instagram
Apabila rindu datang, jadi sakit, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh. Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar. Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin.
Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami. Memang saya hanya boleh mohon orang doakan dia, tapi tidak menjangka ada sampai buat sendiri majlis doa selamat dan bacaan Yasin. Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain.
Di samping itu, Shuib yakin isterinya sudah melakukan yang terbaik sehingga anak mereka Ayash Affan selamat dilahirkan. Sebagai suami, Shuib cuma berharap Sarah bangun dan buka mata secepat yang mungkin.
Sumber: Shuib