Penyanyi Tasha Manshahar telah selamat diijabkabulkan bersama penyampai radio Zayan.my, Raqib Majib semalam. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan hampir sembilan bulan sebelum membuat keputusan untuk bernikah tahun ini. Majlis pernikahan itu telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah bacaan surah Al-Fatihah yang dilaungkan suami Tasha Manshahar ini. Bacaan tersebut dibaca sebelum upacara akad nikah. Merdu sangat!
Merdunya…
Bacaan Al-fatihah yg kita selalu baca laju2 tu. Meh dengar pengantin lelaki ni baca. Bukan main sedap lagi. pic.twitter.com/gN2yg25LbM
— M E G A T Z A I M (@megatzaim10) September 8, 2018
Bacaan surah A-Fatihah ini dibacakan Raqib Majib sebagai melengkap kepada mas kahwin yang diterima Tasha Manshahar sebanyak RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan 5 dulang hantaran. Walaupun ada rasa gementar itu, pasangan ini selamat menjadi suami isteri dengan sekali lafaz saja.
Sudah lama aku simpan hasrat ini
https://www.instagram.com/p/BndGWeiHrWF/?taken-by=raqibmajid
Perlu dicontohi
Semoga bahagia sampai jannah
Sumber: Megatzaim, Raqib Majid