Akhirnya, konflik rumah tangga penyanyi Ziana Zain dan Armin Zaharin sudah menemui jalan penyelesaian. Rumah tangga pasangan ini bergolak apabila Armin Zaharin didakwa atas pertuduhan mencederakan anak pada awal April lalu. Susulan dari insiden itu, hubungan mereka mula bergoyah dan Ziana Zain memfailkan tuntutan penceraian di mahkamah.
Artikel berkaitan: ‘Sepatutnya Dia Hadir lah…’ – Armin Tidak Hadir Ke Mahkamah, Ziana Zain Terpaksa Tunggu Keputusan
Menurut Metro, pasangan ini telah sah bercerai dengan talak satu pada jam 2.48 petang tadi.
Saya sendiri tak tahu nak cakap apa
Sudah lama saya maafkan… Saya tidak berdendam dan saya bukannya orang yang begitu. Saya sendiri tak tahu nak cakap apa atau mentafsirkan air mata saya namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.
Sekarang fokus saya hanyalah anak-anak dan perkara lain saya tidak mahu fikir buat masa ini. Bagi pihak keluarga, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berdoa.
Penyanyi ini belum dapat mentaksirkan situasi dan bersyukur ianya selesai dengan cara baik. Bagaimanapun, dia berharap semua pihak dapat mendoakan segala urusan bersama bekas suami dipermudahkan selepas ini. Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada jam 2.48 petang tadi.
Mereka telah bernikah pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan 4 cahaya mata. Malah, perkahwinan mereka pernah mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran ribuan peminat menyaksikan detik terindah itu dan disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Sumber: Metro