berita

‘Sudah Tentu Ada Bunga-Bunga Tapi…’ – Erra Fazira Dedah Hubungan Dengan Shahir Terlerai

July 13th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Sebelum ini, desas-desus kedengaran pelakon cantik Erra Fazira mempunyai hubungan dengan penyanyi Shahir Zawawi. Namun, berita mengenai hubungan mereka tidak lagi kedengaran apabila Syahir membuat keputusan untuk berehat seketika dari dunia hiburan.

Terbaru, pelakon Cinta Kolestrol ini membuat pengakuan bahawa sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia. Erra Fazira juga akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.

Kami sudah move on

Erra Fazira turut membuat pengakuan telah memutuskan hubungan dengan Shahir dan kini dia memfokuskan pada kehidupan dirinya. Tambahnya, dia juga tidak berasa kecewa atau bersedih akan keputusan ini dan masih berkawan dengan penyanyi itu.

Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa. Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah  tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan.

Jodoh telah tiada

Pelakon wanita ini juga mengakui telah berkawan mesra dengan Shahir sejak 4 tahun lalu. Bagaimanapun, Erra Fazira tidak berkongsi secara lanjut mengenai punca hubungan mereka terlerai.

Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila? Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

×