berita

Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Sejak Februari 2018, Nabila Buka Mulut Isu Kontroversi Rumahtangga

September 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang keretakan rumahtangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa, Noor Nabila yang sehingga kini masih belum reda.

Terbaru menerusi laporan Berita Harian, Nabila membuka mulut dan menjelaskan kedudukan sebenar kontroversi yang sedang dilaluinya itu.

Persetujuan bersama

Katanya, keputusan untuk bercerai itu adalah persetujuan bersama di antara dirinya dengan Shaarnaz.

Ia dibuat selepas kedua-dua mereka gagal untuk memperbaiki hubungan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.

Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

Malah katanya, mereka juga sudah sepakat untuk menyelesaikan kemelut ini dengan baik dan aman demi masa depan putera sulung mereka, Jebat Jayden.

Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang.

Sharnaaz dah hantar surat perjanjian cerai

Bercerita lebih lanjut Nabila berkata, Sharnaaz juga telah menghantar surat perjanjian cerai menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya.

Malah dirinya juga turut menerima butiran yang sama menerusi email daripada peguam suaminya itu.

Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan.

Tak tinggal sebumbung sejak Februari 2018

Nabila bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen sama ada punca kepada penceraian itu adalah kerana sikap panas baran Sharnaaz ataupun kewujudan orang ketiga.

Menurutnya, dia tidak akan memberikan sebarang respon tentang perkara itu memandangkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Februari tahun lalu.

Saya tidak mahu komen bab itu. Kami pun sudah tidak tinggal sebumbung, sejak Februari tahun lalu.

Sebelum ini timbul juga dakwaan kononnya Neelofa menjadi punca masalah pasangan itu namun dinafikan sendiri usahawan dan selebriti terkenal itu.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×