berita

Sugu Pavithra Dapat Tripod & Kad Ucapan Istimewa Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin

May 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan Youtuber Malaysia berbangsa India yang mempunyai subscribers seramai 400 ribu iaitu Sugu Pavithra. Dia berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan resepi masakan dan pada masa yang sama memaparkan kehidupan bersederhana bersama keluarga.

Terbaru, Sugu Pavithra telah menerima hadiah dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Antara hadiah yang diterimanya ialah  tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak. Wah, beruntungnya…

Terima hadiah dari PM

https://www.facebook.com/traja7/videos/10219725064251665/?d=n

S Pavithra turut mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menghadiahkan keluarga peralamat dapur dan tripod untuk memudahkan lagi sesi rakaman. Malahan, dia tidak menyangka akan menerima hadiah sedemikian daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kami hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih. Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah kakak wartawan telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum.

Saya telah menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada lima hari lalu. Antara hadiah itu adalah tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak yang lain.

Dapat tripod dan kad ucapan

Ucapan pada kad itu yang bertulis tangan adalah “Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home”.

Sumber: Rajasekaran Thiyagarajan, Bernama

SKIP THIS AD ×