Berita tentang keadaan terkini bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah mendapat perhatian ramai sejak semalam.
Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Ditidurkan Di ICU – ‘Muntah Setiap Kali Makan Sehingga Susut Berat Badan’
Artikel Berkaiatan: Suhaimi Saad Alami Masalah Mata Kronik, Terpaksa Guna Tongkat Untuk Berjalan
Suhaimi mohon maaf
Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad sempat memuat naik satu hantaran di TikTok miliknya pada 5 November lalu.
Penyanyi berusia 43 tahun itu memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya.
SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang semua.
Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang. Assalamualaikum.
Doa netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Suhaimi diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik seperti sebelum ini.
Dalam pada itu, pengikutnya juga merindui sesi siaran langsung pelantun lagu Nur Kasih tersebut di media sosial.
Terdahulu, difahamkan Suhaimi mengalami susut berat badan akibat muntah setiap kali makan selain sudah beberapa bulan kurang sihat. Suhaimi kemudian dibawa ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: TikTok Suhaimi