Belum reda tentang pendedahan skandal TikTokers bersama pekerja, kini muncul pula kisah mengenai kelakuan ‘toxic’ View Chin yang didakwa oleh bekas stafnya.
Artikel Berkaitan: ‘Janda Atau Dah Berkahwin Dengan TikTokers?’ – Netizen Persoal Status ‘Penyondol’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Artikel Berkaitan: ‘I Bagi You Kerja, Bukan Bagi Suami I Tau’- TikTokers Curang Dengan Staf, Siap Check In Masa Isteri Berpantang?
Tak menyesal letak jawatan
Menerusi ciapan seorang individu iaitu bekas pekerja TikTokers tersebut di Twitter, menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyesal dengan peletakan jawatannya kerana bekas majikannya itu disifatkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja.
Individu itu juga mendakwa bekas majikannya itu tidak memberikan gaji yang setimpal kepadanya yang bekerja sebagai pereka fesyen di syarikat itu, malah akan ditolak jika mengambil cuti sakit.
Selalu diajak keluar
Dalam pada itu, dia juga mendakwa bekas majikannya sering mengajaknya keluar, suka bercerita tentang cinta dan selalu ‘bersembang lucah’ dengan pekerja. Bukan itu sahaja, dia juga akan merajuk jika ajakkan untuk keluar bersama ditolak.
‘Kepada penyondol..’
Sementara itu, individu tersebut juga menitipkan pesan kepada ‘penyondol’ rumah tangga majikannya itu dengan mendedahkan perangai sebenar wanita itu ketika di pejabat.
Terdahulu, isteri kepada TikTokers tersebut telah memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra suaminya di WhatsApp bersama wanita berkenaan yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya.
Sumber: Twitter