berita

Sukarelawan Ujian Klinikal Vaksin Di Kedah Tidak Berdepan Sebarang Komplikasi

February 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Alor Setar, Kedah hari ini telah diberikan vaksin bagi mencegah Covid-19 kepada beberapa orang sukarelawan. Dilaporkan, ujian klinikal vaksin di negeri itu dalam keadaan baik. Tambahan, menurut maklumat yang diterima oleh pihak berkuasa, sukarelawan itu tidak berhadapan masalah mahupun komplikasi.

Maklum balas yang cukup baik

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman menerusi laporan Harian Metro memaklumkan bahawa sukarelawan yang menerima vaksin tersebut tidak berdepan dengan sebarang komplikasi.

Saya tak boleh dedahkan butirannya termasuk berapa ramai yang mengikuti ujian berkenaan, tetapi bersandarkan laporan, kita menerima maklum balas yang cukup baik daripada semua pihak dan tiada kesan yang tidak menggembirakan daripada ujian sudah dijalankan.

Perlu disimpan dalam kaedah betul

Dilaporkan lebih 2,000 petugas barisan hadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akan menjadi penerima fasa pertama vaksin Covid-19. Tambahnya, persiapan dari aspek logistik seperti memastikan ketibaan vaksin dan tempat penyimpanan vaksin dalam keadaan baik sedang dijalankan.

Pemberian vaksin ini perlu melalui kaedah yang betul, ia perlu disimpan pada suhu -80 darjah Celsius untuk bertahan dalam jangka masa panjang.

Jika disimpan dalam suhu antara dua hingga lapan darjah celsius, vaksin ini hanya mampu bertahan dalam tempoh lima hari.

Oleh itu di Kedah, vaksin ini akan disimpan di stor negeri yang mempunyai suhu diperlukan terlebih dulu sebelum diberikan kepada penerima. Hal logistik antara perkara yang amat diberi perhatian kerana kita tak mahu vaksin itu rosak akibat perubahan suhu.

Bekalan vaksin Covid-19 fasa pertama keluaran Pfizer-BioNTech yang dibeli kerajaan dijangka tiba di Malaysia pada 26 Februari ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×