Umum mengetahui, penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian sudah bergelar bapa selepas isterinya yang juga penyanyi, Mahalini selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 15 Februari lalu.
Artikel Berkaitan: Mahalini & Rizky Febian Selamat Timang Puteri Sulung, Pilih Nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian
Jadi pertikaian netizen
Walau bagaimanapun, kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Zairee Selina Quinlyn Kareema mendapat respon pelbagai daripada peminat di Indonesia.
Masakan tidak, ada yang mula mempertikai dan mendakwa tempoh kelahiran pelantun lagu ‘Sial’ itu terlalu cepat memandangkan mereka baru melangsungkan perkahwinan pada Mei tahun lalu.
Menjawab isu tersebut, bapa Rizky yang juga pelawak, Sule menegaskan bahawa dia tidak mengambil pusing terhadap pandangan dan tanggapan tidak baik dari orang ramai.
Pada Sule, apa yang penting ialah cucu pertamanya itu selamat dilahirkan.
Banyak pendapat nakal di luar sana yang mengatakan belum cukup sembilan bulan tapi sudah melahirkan.
Malah ada juga yang mendakwa bayi dilahirkan pra matang serta beberapa perkara negatif lain dikeluarkan.
Sebagai datuk, ‘I don’t care’ dengan semua itu. Yang penting anak saya bahagia. Orang mahu cakap apa pun terserah.
Berkongsi mengenai keadaan cucunya, pelawak berusia 49 tahun itu memaklumkan anak kepada Mahalini dan Rizky berada dalam keadaan yang sihat.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian telah melangsungkan perkahwinan pada 5 Mei 2024.
Namun, pasangan ini diarahkan untuk melakukan akad nikah sekali lagi iaitu pada 27 Disember lalu setelah mendapati pernikahan mereka sebelum ini tidak memenuhi rukun nikah.