berita

Sultan Brunei Tak ‘Derma’ Pun AS1$ Billion

May 15th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Semalam Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah bersama puteranya, Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Tular mengenai Tuanku Sultan Brunei memberi wang sejumlah US 1 Billion kepada kerajaan Malaysia bagi tujuan memulihkan semula ekonomi tanpa perlu membuat sebarang pembayaran balik. Namun, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan berita tersebut adalah tidak benar.

Berita itu tidak benar

Ini adalah berita palsu tetapi kami akan dapatkan bantuan Kementerian Luar untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara viral ini.

Menurut Astro Awani, Jabatan Perdana Menteri mengesahkan dakwaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memberikan sumbangan sejumlah AS$1 bilion (RM 3.952 bilion) kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi adalah tidak benar sama sekali.

Hanya melawat sahaja

Sultan Brunei diiringi anakandanya, Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah hanya melawat Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana sahaja. Pertemuan pemimpin ini berlangsung sejurus Dr Mahathir selesai mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha dan semua Kementerian bagi menerangkan fungsi dan peranan kerajaan baru di negara ini.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×