berita

Sumber : Didakwa Baru Putus Tunang Dengan Redzwani, Shahrizal Jaszle Kini Sudah Ada Pengganti?

April 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-19 at 8.40.16 PM

Terkejut. Itu adalah reaksi pertama OHBULAN! apabila menerima berita ini. Mana taknya, rasanya lebih kurang dua minggu lalu tunang kepada pelakon kacak ini iaitu Redzwani Puteri memberi kenyataan bahawa dia sedia menerima Shahrizal Jaszle walaupun kes khalwat jejaka itu masih dalam perbicaraan.

Artikel Berkaitan:

Namun, menerusi beberapa kiriman foto screenshot yang OHBULAN! terima semalam, jelas menunjukkan bahawa Shahrizal mengambil gambar mesra bersama seorang gadis yang sememangnya bukan Redzwani Puteri.

Gadis tersebut juga dipercayai telah memuat naik foto bersama Shahrizal menerusi laman Instagramnya, hanis_husna berserta caption romantis.

 

Screen Shot 2014-04-19 at 9.27.53 PM

Foto Shahrizal Jaszle bersama kekasih barunya, Hanis Husna

Apa yang mengejutkan, gadis itu turut mendakwa bahawa Shahrizal sudah pun memutuskan tali pertunangan bersama Redzwani ketika berbual bersama seorang rakannya di ruangan komen.

Screen Shot 2014-04-19 at 9.09.23 PM

Kenyataan yang dimuat naik oleh kekasih baru Shahrizal

Bagaimanapun, Redzwani juga dilihat telah memberi komen di foto yang dimuat naik oleh Shahrizal.  Malah, gadis itu juga seperti tertanya-tanya dengan foto tersebut. Keliru dengan apa yang terjadi, kami telah meninjau laman Instagram Shahrizal dan gadis itu demi mendapatkan kesahihan foto tersebut.

Screen Shot 2014-04-19 at 9.11.08 PM

Komen daripada Redwani Puteri

Jelas, segala yang dihantar oleh sumber itu adalah benar. Namun, pelakon itu dilihat telah memadamkan foto yang mempunyai komen Redzwani dan menggantikannya dengan foto yang baru.

Screen Shot 2014-04-19 at 8.57.37 PM

Gambar terbaru yang dimuat naik oleh Shahrizal Jaszle

Malah, menerusi foto terbaru tersebut, pelakon ini juga dilihat mengatakan bahawa dia tidak peduli dengan apa yang bakal diperkatakan oleh orang ramai .

Shahrizal turut menegaskan agar para pengikut laman Instagramnya menjaga perkataan yang ditulis kerana mereka tidak tahu situasi yang telah dilaluinya selama ini.

Apa sebenarnya yang terjadi ya? Yang pasti OHBULAN! akan cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini secepat mungkin.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×