Penyanyi Gerimis Mengundang iaitu Zamani sebelum ini pernah berkongsikan masalah kesihatan yang dialaminya. Dia menghidapi penyakit tulang belakang melengkung ataupun dikenali sebagai Skoliosis sejak dahulu lagi.
Terbaru, memetik laporan Harian Metro, dia sebelum ini menjalani rawatan penyakit itu terpaksa berhenti seketika kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kos rawatan yang agak tinggi.
Terpaksa berhenti dulu
Zamani mengakui pendapatannya turut terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kos bagi beberapa sesi rawatan tersebut diperlukan antara RM300 hingga RM400.
Buat masa ini saya berhenti dulu. Namun, kalau rasa sakit sangat saya buat urutan sendiri seperti yang diajarkan. Hidup memang ada fasa-fasanya dan kita kena lalui apa yang berlaku sekarang.
Akibat terjejas sumber pendapatannya, dia mengakui membuat permohonan bantuan untuk golongan B40 seperti yang ditawarkan kerajaan.
Apa nak dimalukan kerana artis juga perlukan pendapatan. Pada saya tiada salahnya perkara ini. Tidak ada apa yang hendak dimalukan kerana semua orang terkesan sekarang. Semata-mata nak elak malu, tapi hidup susah pun tak guna juga.
Apapun, terpulang kepada cara masing-masing dan saya tak malu untuk mengakui perkara ini. Lagipun saya dah pernah rasa susah dulu.
Berniaga secara online
View this post on Instagram
Bagi meneruskan kehidupan, penyanyi ini turut menjalankan beberapa perniagaan secara dalam talian termasuk menjual syampu dan juga buku Hitam Putih Sebuah Autobiografi.
Selain itu, saya juga keluarkan syampu jenama Salju yang dipasarkan menerusi platform ilike_global dan akan turut dijual di Shopee selepas ini.
Kedua-dua projek ini dihasilkan oleh KRU dan buku berharga RM39.90 itu dicetak sebanyak 300 naskhah untuk edisi pertama. Saya juga bersyukur kerana setakat ini buku itu menerima sambutan menggalakkan.
Sumber: Harian Metro