berita

‘Sumpah Demi Allah, Saya & Tangan Ini Tak Bunuh’ – Rakaman Banduan Akhir Ini Cetus Tanda Tanya

September 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dipercayai banduan akhir di penjara Pengkalan Chepa. Dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dirinya dalam satu kes bunuh.

Menerusi Berita Harian, banduan itu dipercayai masih menunggu hukuman gantung dan telah dipenjara sejak berusia 19 tahun sehingga kini umurnya mencapai 37 tahun. Namun hukuman yang bakal dijalankan itu tiada lagi tarikh penentunya.

Saya tidak bunuh

https://www.facebook.com/Bangangforever/videos/480343422817732/

Dia yang merakam video tersebut bertujuan ingin menyeru rakyat Malaysia untuk membantu dirinya yang tidak bersalah seperti yang didakwa.

Saya tunggu nak jalankan hukuman gantung. Sekarang empat orang termasuk saya tunggu hukuman gantung yang tak tahu bila akan dijalankan.

Sekarang saya dapat satu peluang ini saja (rakam video) kerana saya cakap sebelum ini tidak laku. Masa kena tangkap saya umur 19 tahun iaitu pada 2002 dan sekarang umur saya 37 tahun.

Masa itu saya tidak tahu mana baik dan mana tidak baik, namun saya tidak bunuh. Masa kejadian memang saya ada (di lokasi).

Sumpah demi Allah saya dan tangan ini tak bunuh tetapi saya pula kena tanggung. Saya minta tolong rakyat Malaysia dan orang awam supaya ‘share’ video ini. Saya harap mereka dapat ulang kaji balik kes saya.

Saya minta tolong dan minta ampun

Hanya rakaman tersebut yang dirakam pada jam 8.30 pagi pada 2 September lalu merupakan jalan terakhir untuk dirinya mengaku tidak bersalah.

Saya minta tolong dan minta ampun kerana saya pun ada perasaan. Manusia tidak lepas daripada buat kesilapan.

Saya harap orang awam dan kerajaan tahu kes ini kerana saya tidak bersalah tetapi perlu jalani hukuman penjara.

Disamping itu, usaha Berita Harian untuk mendapat kenyataan dari Pengarah Penjara Kelantan, Timbalan Komisioner Penjara Hamzani Che Ibrahim tidak berjaya.

Sumber penjara Pengkalan Chepa berkata, mereka diarahkan oleh ibu pejabat supaya tidak memberi sebarang kenyataan termasuk daripada Pengarah kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×