berita

Sun Wonder Girls Sambut Kelahiran Bayi Di Rumah

October 18th, 2013 | by Ai
Kini Trending

sunye

Para peminat Sun Min pastinya gembira sebaik sahaja mendapat tahu selebriti itu telahpun selamat melahirkan bayi sulungnya pada 17 Oktober yang lalu.

Ketua kumpulan Wonder Girls itu telah berkongsi berita gembira berkenaan di Twitter selepas beberapa jam melalui proses bersalin.

Thanks to everybody’s prayers and support, I safely delivered a pretty daughter in eight hours through home birth ^^ I also really, really want to thank you for the presents congratulating her birth…!!!!  I will raise her well so she is healthy ^^

Screen Shot 2013-10-18 at 12.11.15

Melalui kemaskini itu juga, Sun berkongsi foto bayinya yang comel walaupun sekadar tangan, tapak kaki dan tepi wajah sahaja yang didedahkan.

Untuk pengetahuan anda, kelahiran bayi yang diberi nama Hailey itu telah disambut di kediaman Sun dan suaminya di Kanada.

Sun telah berkahwin dengan James Park yang berdarah kacukan Kanada-Korea pada bulan Januari lepas dan disahkan hamil tiga bulan pada April 2013.

SKIP THIS AD ×