berita

‘Sungguh Muka Tak Tahu Malu Najib Ni’ – Kenyataan Diputarbelit Bekas PM, Chef Wan Mengamuk

July 9th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Chef selebriti terkemuka Chef Wan mengkritik segelintir peneroka Felda yang menyalahgunakan subsidi baja sehingga sanggup menjualnya untuk kepentingan sendiri. Malahan, menurut dirinya yang juga anak peneroka, dia telah melihat pelbagai kerenah peneroka sepanjang membesar.

Pos Instagram berkenaan mendapat perhatian bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kemudiannya memuatnaik tweet menghentam kenyataan chef itu. Bagaimanapun tweet Najib itu kemudiannya dipadamkan.

Kenyataan diputar

Chef Wan meluahkan rasa kesalnya apabila kenyataannya diputarbelit oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan nama baiknya di mata umum.

Morning! How sad and stupid apa yang saya tegur disensasikan, disalah tafsir lalu difitnah kan balik supaya i look so bad in the eye of the public. Siapa pulak yg nak kena minta maaf balik kepada siapa ini?
Kita jika bodoh sekali mana pun jangan sombong dan sakit hati pada apa yang Allah sudah anugerahkan kepada seseorang itu.

I have always been respected in this country for what i stood for, determination and hard work. They think they can kill my spirit just like that by memutar belit cerita saya? Cakap mcm tak pergi sekolah!

Tambahnya lagi, apa yang dimaksudkan dengan ‘beranak macam kucing’ bukanlah untuk menghina semua golongan peneroka namun mengkhusus hanya segelintir sahaja.

Banyak bezanya bila saya katakan sebahagian orang Felda yang malas, suka kahwin isteri lebih dari satu dan tidak bertanggung jawab ke atas welfare and growing up of their kids as to saya kata  “Semua orang Felda”!

He should shut his mouth dan nyanyikan lagu Kris Dayanti tu “Menghitung Hari” dari masuk campur urusan2 saya.
Dah tak ada kerja lain lagi ke bersekongkong bersama mantan-mantan dia to put me down for something i didn’t say by twisting my words?

Bila saya kata “Beranak mcm kucing ini” is not to hina orang Felda cuma bahasa gurauan orang-orang Melayu kita made references to “segelintir” lelaki yang kawin tak sudah-sudah tetapi welfare anak dan pelajaran-pelaharan anak tak di jaga sampai kan bila besar menyusahkan masyarakat dengan masalah social mereka!

Mana yang baca dari awal akan faham

Chef Wan juga mempersoal tindakan Najib yang sebelum ini ada menghantar pegawainya untuk membantu kementeriannya sebelum ini.

Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya why sent me to assist him and his ministry?”. Menuduh saya Jilat Tun M dan macam-macam lagi to receive that anugerah padahal Tun M pun tak tahu hari itu yang saya ni akan menerima anugerah tu pun!

All that is fitnah ke atas saya yang tak berasas. Typical behaviour of manusia yang iri hati dan hasad dengki.
Mantan dia sanggup listkan apa saya kata, twist them to make others believed apa yang saya cakap covers all Felda people and not segelintir nya.

Batu-batu api ni then viral them in social media supaya semua orang yang baca akan percaya bulat-bulat dengan tujuan nak jatuhkan credibility saya sebagai Ikon Felda! Mana yang baca IG saya dari awal akan faham cerita yang sebenarnya.

Ikon Felda ini juga mendakwa tindakan Najib itu berpunca pihak sana tidak senang dirinya menerima anugerah tersebut.

Saya pula di jadi kan mangsa because they are not happy to see me terima anugerah itu. Macam la saya kebulur sangat nak anugerah itu. Sungguh muka tak tahu malu Najib ni. Kau jahanamkan FELDA sampai fail dah boleh pulak ada hati nak bersuara lagi? Panggil Isa Samad tu esok jugak saya nak serah kan Anugerah Icon FELDA itu kepada beliau dan Najib!

Memang manusia2 yg jahat ini langsung tak takut dosa memfitnah saya yang bukan-bukan. Just disgusting. Lepas tu boleh pulak solat 5 waktu mengadap Allah. How do all this hippocrite do it?

Sumber: Chef Wan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×