Selepas Malaysia melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya Mesyuarat Khas Menteri bersetuju membenarkan 54 taman tema di seluruh negara untuk beroperasi bermula 1 Julai lalu dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini termasuklah taman tema Sunway Lagoon yang melabuhkan tirai pembukaan untuk orang awam bermula 4 Julai lalu. Bagaimanapun, pihak Sunway Lagoon menegaskan petugas dan pengunjung di taman tema wajib mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia demi keselamatan bersama.
Petugas dan pengunjung perlu patuh SOP
Antara peraturan yang perlu dipatuhi petugas Sunway Lagoon adalah mengisi borang pengakuan digital, menyemak suhu badan, memakai topeng muka, menjaga jarak, mengurangkan sentuhan fizikal dan menggunakan peralatan khas ketika mengendalikan haiwan untuk petugas Wildlife Park.
Pihak Sunway Lagoon juga akan membasmi kuman di setiap attraction yang ada, surau, tempat simpanan barang serta semua kawasan titik sentuhan tinggi seperti eskalator dan pemegang pintu setiap 2 jam. Kolam juga akan diklorinkan dan memastikan kualiti air setiap 2 jam menggunakan sistem canggih tau.
Pengunjung Sunway Lagoon pula digalakkan untuk membeli tiket masuk secara online dan membuat pembayaran tanpa sentuhan menggunakan e-payment seperti kad kredit, e-wallet (Maybank QRPay, AliPay, Grabpay, UnionPay) atau Sunway Lagoon e-load.
Selain tu, pihak Sunway Lagoon juga sangat menghargai kerjasama korang sebagai pengunjung supaya mengikut prosedur ditetapkan seperti mengisi borang pengakuan digital, menyemak suhu badan dan memakai topeng muka.
Korang juga disarankan untuk menjaga jarak, membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan di kaunter pembelian tiket, pintu masuk dan keluar setiap attraction, sebelum dan selepas menaiki rides serta selepas berinteraksi dengan haiwan.
Enjoy keseronokan main gelongsor air
Pembukaan semula Sunway Lagoon bermakna korang boleh enjoy lebih 90 tarikan menarik yang ada di sana. Dari gelongsor air, taman hidupan liar, rumah hantu dan banyak lagi tarikan istimewa yang sukar didapati di mana-mana pastinya memberi keseronokan untuk korang sekeluarga.
Buat korang yang suka naik gelongsor air, ada banyak pilihan korang boleh enjoy seperti Nickelodeon Lost Lagoon menampilkan karakter SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles.
Rasai keseronokan naik pelampung bersama keluarga atau kawan-kawan di Jungle Fury. Jeritlah korang puas-puas sambil berpusing yang memberikan keseronokan dan kepuasan sebenar bermain gelongsor air.
Kalau nak lebih mencabar, ada gelongsor Monsoon 360 yang confirm buat korang cemas bila countdown tamat. Mana taknya, korang kena baring sambil tangan disilangkan dan turun dari gelongsor secara menegak serta laju. Sampai bawah kaki cecah air dulu!
Selain itu, kalau nak main gelongsor air gaya boomerang, Kubarango memberikan pengalaman menyeronokkan apabila korang akan turun dan naik semula beberapa kali sebelum terkena percikan air sebelum berhenti.
Surfing seperti di tepi pantai
Tak cukup dengan itu, Water Park Sunway Lagoon turut menawarkan keseronokan Waters of Africa seperti gelongsor African Pythons, Cameroon Climb dan Congo Challenge.
Terdapat juga tarikan yang berjaya memasuki Malaysia Book of Records 2013 iaitu Waterplexx 5D dan Vuvuzela. Vuvuzela merupakan gelongsor air terbesar Malaysia dengan diameter 22 meter 152 meter panjang menggandakan lagi keseronokan ketika bermain gelongsor.
Nak lagi seronok bermain air, Sunway Lagoon turut mempunyai Surf Beach buatan manusia terbesar di Malaysia berukuran 13,000 meter persegi yang sesuai buat surfer berpengalaman yang dah lama gian nak surfing tapi tak jumpa pantai.
Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia surfing pun boleh belajar di FlowRider, surf simulator pertama Malaysia yang memberikan pengalaman belajar surfing serta menguasai kemahiran mengendalikan surfboard di atas air.
Teroka hidupan liar & aktiviti mengerikan
Kalau korang suka hidupan liar, korang memang wajib datang Wildlife Park di Sunway Lagoon. Zoo interaktif dan berunsurkan pendidikan yang dilancarkan semula pada tahun 2015 ini menampilkan pelbagai haiwan liar, eksotik dari bermacam spesis seperti burung, reptilia dan mamalia.
Saksikan telatah singa putih Zola dan Zuri; harimau putih, Samson dan Asha serta pelbagai lagi spesis burung dan haiwan liar dalam Wildlife Animal Show yang menyeronokkan. Bijak-bijak haiwan ni semua!
Kalau korang sukakan tempat gelap dan seram, Sunway Lagoon turut menawarkan Lynton V. Harris’ Scream Park yang memberikan kejutan di setiap sudut yang menggabungkan teknologi audio serta visual, kesan khas dengan beberapa tema berbeza dan pelakon lengkap berkostum menggerunkan.
Nak lagi seram, masuk muzium Horrorwood Studios 2 dan Zombie Apocalypse yang mempamerkan karakter seram Friday the 13th, Zombies dan banyak lagi. Takpun, masuk ScaryTales Theatre kalau nak tengok Lucy of The Lagoon, diorang tak sabar nak kejar korang sampai pintu keluar. Hehehe…
Peminat jerung pula boleh melalui Sharknado Test Tunnel in 3D bagi melihat lebih jelas filem fiksyen sains komedi seram America, Sharknado Alive!. Pastinya memberikan pengalaman menyeronokkan melihat ikan jerung versi 3D depan mata.
Untuk pengetahuan korang, promosi Quacktastic Sunway Lagoon akan kembali semula dengan harga serendah RM75 dan boleh didapati secara online di www.sunwaylagoon.com. Nantikan!
Sunway Lagoon kini dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti umum. Layari sunwaylagoon.com untuk membeli tiket dan jangan lupa follow Facebook, Twitter dan Instagram Sunway Lagoon untuk mengetahui promosi terkini mereka.