berita

Sunway Velocity Mall Sambut Ambang Tahun Baru 2019. Ni Antara Sebab Kenapa Korang Wajib Join!

December 20th, 2018 | by Epul
Shout Out!

Kedatangan  tahun baru 2019 pasti dinantikan oleh semua orang. Yelah, masa ni macam-macam sales dan promosi yang dilakukan pusat membeli-belah. Sampai rambang mata!

Haaa.. Kalau korang nak tau, Sunway Velocity Mall tak ketinggalan dalam dalam kemeriahan ni. Dengar cerita tahun ni siap ada sambutan ambang kemerdekaan 2019 dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang korang boleh sertai,  Ni min nak kongsi sikit kenapa korang kena raikan kedatangan tahun baru dekat sini!

Enjoy hari terakhir 2018 kat Sunway Velocity Mall

Enjoy shopping di Sunway Velocity Mall

Daripada korang tak tau nak buat aktiviti apa hari terakhir tahun 2018 korang, apa kata korang have fun je dekat Sunway Velocity Mall sebab diorang akan adakan New Year Eve’s Countdown Party. Korang bukan sahaja boleh membeli-belah, kat sini juga ada banyak tempat makan yang menarik ya!

So, sementara korang tunggu countdown sempena ambang tahun baru korang bolehlah cuci mata kat pusat membeli-belah ni. Kalau korang nak tau terdapat juga karnival yang akan diadakan sepanjang hari di bahagian luar pusat membeli-belah ni. So, agak-agak korang dah bosan round satu mall, korang bolehlah join karnival kat bahagian luar nanti!

Percikan bunga api meraikan kedatangan tahun baru 2019!

Saksikan percikan bunga api di Sunway Velocity Mall

Siapa je yang tak suka pertunjukkan bunga api kan? Haa.. Kali ni korang jangan ketinggalan meraikan ambang tahun baru 2019 dengan percikan bunga api di New Year Eve’s Countdown Party. Pertunjukkan bunga api yang akan diadakan ni antara yang terbesar di seluruh Kuala Lumpur tau.

Bawa sekali famili dan kawan-kawan korang bagi meraikan moment terindah tahun 2018 bersama-sama. Janganlah happy sorang-sorang je. Lagi ramai kan lagi best!

Konsert countdown bersama artis terkemuka tanah air!

Persembahan artis terkenal di New Year Eve's Countdown Party

Tak meriahlah karnival tanpa persembahan daripada artis terkenal. Betul tak? Korang tak perlu risau semua tu sebab sempena New Year Eve’s Countdown Party diorang bawakan artis-artis terkemuka tanah air untuk menghiburkan korang!

Antara artis yang akan terlibat seperti Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Khai Bahar, Alvin Chong, Paperplane Pursuit, Juztin Lan, Jenn Chia, Rejuvenate dan Dennis Yin. Konsert ni akan bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada ambang tahun baru 2019!

Bersuka ria dengan permainan menarik di booth karnival

Main permainan di booth-booth yang disediakan di Sunway Velocity Mall

Hari terakhir tahun 2018 korang pasti takkan membosakan kalau korang ke Sunway Velocity Mall ni. Yelah bukan je korang boleh pergi membeli-belah korang juga boleh have fun dekat karnival yang dianjurkan sempena New Year Eve’s Countdown Party.

Korang boleh join banyak permainan dan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti cash vaucer dan banyak lagi. Booth-booth ni akan dibuka bermula jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Syoknya!

Rasai makanan baru yang korang tak pernah cuba!

Pelbagai makanan menarik disediakan

Korang suka makan? Haa.. Sinilah tempatnya, di New Year Eve’s Countdown Party korang bukan sahaja boleh berhibur dengan persembahan artis dan main permainan di booth yang disediakan, tapi korang juga boleh merasai pelbagai makanan daripada seluruh dunia!

Terdapat 40 buah foodtruck dan gerai makanan yang disediakan khas untuk menceriakan perut korang. Food-lovers kat luar sana jangan lepaskan peluang ni okay!

Tak susah ke nak ke Sunway Velocity Mall ni?

Banyak pengangkutan awam untuk ke Sunway Velocity Mall

Siapa kata susah nak ke sini, sekarang kan banyak pengangkutan awam. Lebih efisien dan confirm memudahkan perjalanan korang, sebab korang tak perlu nak bersesak-sesak kat atas jalan raya.

Terdapat dua jenis pengangkutan awam yang korang boleh guna. Kalau korang naik LRT (Ampang Line) korang kena turun di stesen Taman Maluri. Kalau korang naik MRT pula korang boleh turun di stesen Maluri atau Cochrane. Apa yang best ialah sempena malam tahun baru ni juga, LRT dan MRT akan beroperasi sehingga jam 1 pagi tau!

Lagi best sebab terdapat juga promo kod khas daripada Grab Car tau, korang masukkan je kod ni (SVMNYE2019) untuk dapatkan diskaun. Tapi ni untuk 1000 orang pertama je tau!

Kalau naik kerete ada parkir ke?

Tempat parkir Sunway Velocity Mall yang luas

Ni pon korang tak perlu risau sebenarnya, kalau korang nak datang dengan famili dan kawan-kawan tapi nak naik kereta. Ni kami nak bagitau untuk pengetahuan korang kat Sunway Velocity Mall ni terdapat lebih 6,600 tempat parkir kereta tau. Confirm cukup punya!

Sertai Sunway Pals, VeloStudent Club dan VeloKiddie secara percuma!

SunwayPals, VeloKiddie

Bila lagi boleh join membership secara percuma ni? Kalau korang nak tau sempena New Year Eve’s Countdown Party ni. Korang boleh sertai keahlian Sunway Pals, VeloKiddie (menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah) dan VeloStudent Club (13 – 25 tahun dengan ID Pelajar) secara percuma tau!

Selain itu, kalau korang berminat untuk membeli Sunway Velocity Two Residence, korang jangan lupa untuk melawat ke booth Sunway Property, sebab ada banyak faedah istimewa dan insentif menanti korang!

Photobooth 3D dan bazar jalanan

Photobooth 3D dan Bazaar di Sunway Velocity Mall

 

Bestnya ada photobooth 3D! Haa.. Di New Year Eve’s Countdown Party nanti korang bolehlah tangkap gambar puas-puas. Buat kaki OOTD tu jangan lepaskan peluang korang upload last picture korang untuk tahun 2018 berlatar belakang photobooth 3D yang disediakan.

Kat sini juga nanti akan diadakan bazar jalanan or street bazaar, kalau korang sukakan barang-barang yang pelik dan menarik korang boleh dapatkan kat sini je.

Sambut kedatangan tahun baru dengan tema “Colourful 2019″

Sempena kedatangan tahun baru 2019 nanti, Sunway Velocity Mall nak korang bersama meraikannya dengan  berpakaian bertemakan warna harapan dan resolusi korang untuk tahun baru ni. Yelah tahun baru kena ada azam pon kenalah baru. Betul tak?

Waktu beroperasi Sunway Velocity Mall dilanjutkan. Seriuslah!

Pelbagai acara menarik sempena New Year Eve's Countdown Party

Sempena tahun baru ni juga Sunway Velocity Mall berbesar hati untuk melanjutkan waktu operasi mereka. Tapi ni untuk Ground Floor dan Level 1 jelah. Waktu perkhidmatan akan dilanjutkan 12.00 tengah malam khas untuk New Year Eve’s Countdown Party. So, korang tak yah kalut-kalut nak balik sebab takut mall tutup pula ya.

Upload selfie dan menang hadiah menarik!

Sunway Velocity Hotel

Tau tak ada benda menarik lagi yang korang boleh menangi sempena New Year Eve’s Countdown Party ni? Korang berpeluang memenangi percutian 2 hari 1 malam beserta sarapan di Sunway Velocity Hotel hanya dengan memuat naik gambar selfie korang di karnival  atau konsert New Year Eve’s Countdown Party.

Jangan lupa untuk letakkan #SunwayVelocityMall #SVM2019Countdown #SunwayVelocityHotel apabila korang muat naik gambar. Paling penting jangan lupa publickan akaun korang dan tunggu pengumuman pemenang daripada Sunway Velocity Mall.

Sebarang maklumat lanjut korang boleh klik je kat sini atau korang boleh follow Facebook rasmi Sunway Velocity Mall. Jumpa korang kat sana!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×