berita

Super Junior Bakal Buat ‘Comeback’ Hujung Bulan Ini

August 12th, 2014 | by Ai
Kini Trending

super-junior

Yeayy! Berita baik buat peminat kumpulan K-Pop terulung, Super Junior. Kami dengar, barisan jejaka kacak ini akan membuat kemunculan semula tak lama lagi.

Ini berita betul, bukan tipu tau!. Menurut portal Soompi, Super Junior mungkin akan membuat comeback seawal hujung bulan ini. Wah! Tak sabarnya.

Menurut sumber, kumpulan yang dianggotai 10 anak muda ini sudahpun menyusun semua jadual mereka untuk merealisasikan impian tersebut.

Super-Junior-Wallpaper-Image-Cute

Kalau korang nak tahu, syarikat pengurusan Super Junior memberitahu tarikh dan masa masih belum ditetapkan. Bagaimanapun, mereka dijangka akan menemui peminat selewat-lewatnya sebelum ‘Super Show 6′ yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 September ini di Seoul.

Korang semua mesti dah tak sabar menantikan kemunculan selebriti K-Pop kesayangan ramai ni kan? Nantikan berita selanjutnya dari kami jika anda nak tahu mengenai perkembangan mereka ya.

Oh! Sebelum terlupa, pada’Super Show 6’ itu nanti, korang pasti terkejut dengan kemunculan ketua kumpulan mereka, Leeteuk yang baru saja menamatkan latikan ketenteraannya di Korea.

Apapun, jom kita imbau sedikit persembahan ‘Super Show 5’ yang lalu nak? Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×