berita

Suri Rumah Nyaris Dirogol Jiran ‘Gersang’, Mujur Suami Pulang

July 2nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang suri rumah berdepan detik hitam apabila terpaksa bergelut dengan jiran yang cuba merogolnya. Dia bernasib baik kerana suaminya pulang ke rumah tepat pada masa. Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 25 tahun itu tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar bekerja.

Suspek masuk rumah ikut bumbung

Suspek terus menarik tangan mangsa dan menolak ke dalam bilik sebelum memeluk mangsa.

Mangsa cuba melepaskan diri dengan memukul kepala suspek menggunakan botol air namun tidak berjaya malah suspek bertindak mengoyak baju mangsa dan cuba merogolnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, pada mulanya mangsa terdengar bunyi seseorang yang sedang berjalan di atas bumbung. Selepas ingin memeriksa apa yang sedang berlaku, suspek yang berusia 21 tahun secara tiba-tiba berada di hadapan pintu biliknya.

Nasib baik suami pulang

Suami mangsa cuba menangkap suspek tetapi lelaki berkenaan yang memegang sebatang kayu memukul kepalanya sehingga berdarah dan lebam.

Suspek kemudiannya melarikan diri apabila terlepas dari pegangan suami mangsa.

Mangsa bernasib baik apabila suaminya pulang ke rumah dan mendengar jeritan mangsa. Suami mangsa bertindak pantas dengan masuk ke rumah melalui pintu dapur dan bertembung dengan suspek yang ketika itu sedang keluar dari bilik.

Suspek tiada rekod jenayah

Hasil siasatan pihak polis mendapati kediaman mangsa merupakan sebuah rumah kampung yang tidak berpagar dan hanya dipisahkan oleh dinding bahagian tengah dengan kediaman suspek. Pihak polis turut berjaya mengesan suspek berhampiran tempat kejadian. Senjata yang digunakan suspek semasa bergelut dengan suami mangsa turut ditemui.

Hasil ujian air kencing mendapati bahawa suspek negatif dadah. Katanya, suspek kini direman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 455 dan 354 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan mencabul mangsa.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×