Aktres jelita, Datin Lisa Surihani mengakui lebih selesa tidak bersolek apabila keluar dan gayanya itu ternyata mendapat pujian daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Sejuk Mata Memandang, Penampilan Sopan Lisa Surihani Dapat Pujian Peminat
Artikel Berkaitan: Genap 7 Hari, Lisa Surihani Dedah Nama Anak
Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga
Imej tidak bersolek Lisa Surihani mendapat pujian
Menerusi laporan Gempak, Lisa memberitahu dirinya tidak lagi menghiraukan tentang peralatan makeup dan jarang bersolek apabila keluar.
Jelas Lisa lagi, dia tidak ambil pusing sekiranya netizen memberikan komen tentang pemakaian make up ketika bertemu di luar.
Kadang-kadang saya rasa tak suka nak pakai makeup. Jika orang di luar sana suka saya tidak bersolek, saya tidak pasti hal itu. Isu menggunakan makeup atau tidak ini, tidaklah saya berfikir terlalu dalam.
Lisa yang tampil berhijab sejak 2019 itu turut berkongsi cara melatih dirinya kekal istiqomah. Menurut Lisa, seseorang itu perlu kekal berdisiplin dan mendoakan antara satu sama lain jika mahu kekal istiqomah.
Sumber: Gempak