berita

‘Susah Nak Tukar Minda Golongan Flat-Earth’ – Angkasawan Negara Respon Cabaran Sumpah Suhaimi Saad

February 15th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Tempoh hari bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara untuk bersumpah bahawa bumi itu berbentuk bulat sfera. Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi Facebooknya, pagi Rabu lalu.

Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberi respon mengenai cabaran Suhaimi itu menerusi laman sosialnya, sebentar tadi.

Bumi rata?

Dr Sheikh Muszaphar mengimbau kembali kenangan menjadi angkasawan Islam kesembilan ke angkasa lepas dan merasai sendiri pengalaman  mengelilingi orbit pada kelajuan 27 ribu kilometer sejam.

Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas. Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari. Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam.
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri
Degupan jantung berhenti seketika
Meremang Bulu Roma
Mata tidak terkebil
Melihat Kebesaran Maha Pencipta

Susah tukar pemikiran golongan flat earth

Dr Sheikh Muszaphar juga menegaskan bumi berbentuk sfera, bukan seperti bola, namun lebih kepada telur. Bagaimanapun dia tidak menafikan susah untuk menukar mentaliti mereka yang percaya bumi ini rata.

Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana
MasyaAllah…SubhanAllah …
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator .
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart
Salam Jumaat Everyone …
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn …
Love As Always …
PS – Just wanted to straighten the facts !

Ini respon Suhaimi

Suhaimi kemudiannya dilihat memuatnaik status terbaru mengenai kenyataan angkasawan itu dan berpendapat Dr Sheikh Muszaphar tidak faham dengan sumpah.

Suami Ina Naim ini juga bagaimanapun tidak memaksa Dr Sheikh Muszaphar berbuat demikian dan berkata akan tetap meneruskan kajian dan dakwah kepada golongan flat earth.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Suhaimi Saad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×