berita

‘Susah Nanti Korang Nak Cari Saya Di Padang Mahsyar Untuk Minta Maaf’ – Bekas Isteri Eizlan Yusof

December 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada Khamis lalu, Dato’ Seri Eizlan Yusof telah selamat melangsungkan perkahwinan keduanya bersama seorang gadis berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian. Pasti ramai yang sudah tahu, sebelum ini, Eizlan telah pun berkahwin dengan ahli perniagaan, Vie Shantie Khan pada tahun 2007 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2015.

Bagaimanapun, ekoran daripada berlangsungnya majlis pernikahan pelakon itu baru-baru ini, bekas isterinya, Vie Shantie dilihat seakan terpalit dengan perkara itu apabila segelintir netizen mula mengaitkan semula ia dengan dirinya. Perkara itu diluahkan sendiri oleh Vie Shantie di laman Instagramnya baru-baru ini.

Jangan terlalu busy body

https://www.instagram.com/p/B6AKkagly-y/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi satu posting terbaru yang dibuat Vie Shantie itu, dia seolah-olah meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen yang bertindak mengajukan pelbagai soalan tidak masuk akal ekoran daripada perkahwinan terbaru bekas suaminya itu.

Luah wanita itu, netizen tidak sepatutnya terlalu ‘sibuk’ dengan kehidupan orang lain lebih-lebih lagi apabila ia tiada kaitan dengan mereka di luar sana. Malah ujarnya, perkara yang melibatkan rumah tangga orang lain mahupun perihal keluarga juga tidak sepatutnya dijadikan perbincangan umum.

Dalam posting itu, Vie Shantie bagaimanapun sempat mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya dan isteri di atas mahligai yang baru dibina.

Netizen respon

Posting yang dibuat Vie Shantie itu ternyata telah mendapat perhatian daripada para pengikutnya di Instagram. Rata-rata daripada netizen turut memihak dan bersetuju dengan luahan yang dibuat wanita itu.

Malah, tidak kurang ada daripada kalangan mereka turut mendoakan agar Vie Shantie kekal kuat dan mendoakan agar beliau sentiasa hidup bahagia selepas ini.

Sumber: Instagram Vieshantiekhan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×