berita

Susah Senang Bersama, Impian Bersanding Selepas 11 Tahun Kahwin Akhirnya Tercapai

December 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setiap pasangan yang berhajat untuk berkahwin pastinya mengimpikan agar majlis perkahwinan mereka dilangsungkan dengan suasana yang begitu indah dan meriah. Bagaimanapun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk melaksanakan ia seperti yang diimpikan, dan hanya mampu melangsungkan majlis dalam serba sederhana dengan mendahulukan yang wajib.

Perkongsian seorang wanita, Zack Zafirah di laman Facebooknya ini pasti akan membuatkan anda terharu apabila dia dan suami melangsungkan semula majlis persandingan mereka selepas 11 tahun berkahwin kerana kesusahan hidup yang pernah dialami.

Bersanding lepas anak 4

Wedding Anniversary ke-11 tahun.

Alhamdulillah syukur, segala apa yang dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersandinglah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lagi sorang? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan. Rezeki Allah kan?

11 tahun lalu, kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15 dan 17 tahun saat kawan-kawan seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada handphone canggih nak rekod atau snap gambar utk kenangan. Tiada kerja, tiada duit. Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini.

Tak pernah bersanding

Ada yang kata ‘anak dah berderet pun nak bersanding bagai’. Allahuakhbar, saya tak pernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke saya raikan anniversary saya dengan cara ni? Bukan berdua dengan suami tapi dengan anak-anak kami.

Saya buat majlis 1 sen pun saya tak meminta-meminta dengan orang. Kalaulah awak dekat tempat saya, apalah perasaan awak masa tu ya? Saya juga manusia biasa, tak mampu nak puaskan hati semua orang. Dan niat saya bukan untuk menunjuk, saya malu saya segan nak buat majlis ni.

Yelah,  dengan anak berderet, yang dalam perut lagi. Tapi saya tetap teruskan impian saya nak bersanding dengan anak-anak walaupun saya tahu ada mulut-mulut yang akan mengata.

Hidup susah

Ada yang kata ‘bagus untuk eratkan silaturrahim kasih sayang antara suami’. Alhamdulillah, Allah sahaja yang tahu betapa kuatnya kasih sayang kami. Dulu kami hanya ada sebiji motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak-anak naik motor.

Syukur dah masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami tak buat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lagi.

Masa tu hidup dengan tangisan, kemurungan sebab rasa susahnya nak hidup macam ni. Kami sangat susah, susu pampers anak-anak pun kadang-kadang mintak dari belas ihsan orang. Baju anak-anak semua dari orang sedekah. Nak makan pun bercatu.

Tak putus asa

Tapi kami tak pernah putus asa, demi anak- anak dan masa depan. Belajar tak tinggi tak menghalang untuk kami cari rezeki. Allah adalah sebaik-baik perancang, Allah uji dan Allah beri.

Sepanjang perkahwinan tipulah kalau tiada ribut taufan yang melanda, hanya Allah sahaja yang tahu. Masa tu darah muda kan? Tapi saya tabik dekat suami, dia seorang yang sangat-sangat penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, tak dapat nak disenaraikan.

Semoga Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yang suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yang baik. Untuk suami tersayang, janganlah kau tinggalkanku yang sentiasa bersamamu saat kau susah dulu apabila kau berjaya satu hari nanti.

Sumber: Facebook Zack Zafirah, Farhan Che Hassan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×