berita

Susah Tidur & Asyik Mimpi Buruk, Perompak Pulangkan Semula Patung Kuil Dicuri

May 23rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sekumpulan perompak dilaporkan telah memulangkan semula 14 patung suci yang dicuri dari sebuah kuil Hindu di India, selepas mendakwa sering didatangi mimpi-mimpi ngeri sejak melakukan jenayah tersebut.

Tinggalkan nota untuk kuil

Minggu lalu, kumpulan perompak tersebut telah mencuri 16 patung suci dari kuil Lord Balaji yang berusia 300 tahun di Uttar Pradesh, Indai, lapor laman berita The Guardian.

Pada pagi Isnin, mereka memulangkan semula 14 daripada 16 patung tersebut di rumah ketua kuil itu dengan nota yang memohon kemaafan pihak kuil, dan menyatakan mereka sering mengalami mimpi ngeri sejak mencuri patung-patung tersebut.

Kami belum boleh tidur, makan, dan hidup dengan aman. Kami sudah tidak tahan dengan mimpi yang menyeramkan, jadi kamu pulangkan barang berharga anda.

Salah satu patung tersebut mempunyai berat 5 kilogram dan diperbuat daripada lapan jenis logam, serta dihiasi dengan ukiran perak.

Untuk rekod, perompak tersebut belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa dan siasatan masih dijalankan.

Sumber: The Guardian

SKIP THIS AD ×