berita

Suspek Pukul Budak Letak Gula-Gula Getah Pada Kereta Dah Disoal Siasat

February 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam satu video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Mageswaran Thendayuthapani yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dipukul oleh lelaki dewasa. Video tersebut viral dan menerima kecaman daripada netizen yang geram perlakuan lelaki dewasa itu.

Menurut laporan The Star, lelaki tersebut memukul bahagian belakang leher budak lelaki berkenaan selepas mangsa didapati melekatkan sisa gula-gula getah pada kereta miliknya. Lokasi kejadian didakwa berlaku di rumah kebajikan kanak-kanak di Taiping, Perak.

Tidak sepatutnya hukum sebegini

Satu laporan polis telah dibuat pada hari kejadian video tersebut viral. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata suspek telah dikenal pasti dan soal siasat ke atas suspek telah dijalankan pada hari ini (Selasa).

Mangsa penghuni rumah kebajiakan

Satu laporan telah dibuat kepada kita pada hari yang sama video tersebut dimuat naik.

Kita percaya mangsa merupakan penghuni di rumah kebajikan itu, katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Netizen bengang dengan lelaki itu

Sumber: The StarMageswaran Thendayuthapani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×