berita

Susu Goodday Bawa Artis Popular ‘Datang Beraya’ Ke Rumah, Tawar Wang Tunai Sejumlah RM10,000

May 23rd, 2020 | by Epul
Kini Trending

Walaupun raya tahun ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelum, namun tiada apa yang boleh menghalang kita daripada meraikan dan merasai kemeriahan perayaan Aidilfitri selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

Jom meriahkan sambutan Hari Raya dan ceriakan rumah korang dengan aktiviti istimewa dibawakan oleh Susu Goodday pada tahun ini. Siap boleh menang duit raya!

Raya bersama Andi, Elfira & Mark di rumah korang

Justeru, tahun ini Susu Goodday nak korang rasai Aidilfitri yang sebenar dengan Selamat Seleb-raya oleh Susu Goodday bagi menceriakan korang yang berada di rumah, tak boleh bergerak dan menziarah kawan serta saudara.

Susu Goodday bekerjasama dengan 3 selebriti popular iaitu Elfira Loy, Mark Adam dan Andi Bernadee untuk ‘melawat’ dan menceriakan setiap rumah rakyat Malaysia raya kali ini dengan bersama korang secara virtual dan lebih selamat.

Selamat Seleb-raya oleh Susu Goodday juga merupakan pengalaman artis virtual berasaskan WebAR yang pertama

Korang boleh jalan-jalan dengan selebriti pilihan, ambil gambar dan diorang siap boleh nyanyi serta ucap ‘Selamat Hari Raya’ daripada smartphone. Malah, korang tak perlu download apa-apa aplikasi, cuma pergi laman Facebook Goodday Milk Malaysia dan klik link yang diberikan untuk akses fungsi webAR.

Bukan itu saja, make sure korang ikuti update terkini mereka di laman Facebook Goodday Milk Malaysia untuk peluang memenangi hadiah wang tunai minggu depan!

Ambil gambar je, dapat peluang rebut wang tunai RM500

Raya kali ini, korang berpeluang menang hadiah wang tunai RM500 (setiap pemenang) kalau korang ambil gambar dengan karakter AR sama ada Andi Bernadee, Elfira Loy atau Mark Adam tau! Caranya…

  1. Lancarkan webAR Selamat Seleb-raya oleh Susu Goodday dan ambil gambar paling kreatif bersama karakter AR.
  2. Upload gambar atau video bersama karakter AR tadi di akaun Facebook atau Instagram korang berserta hashtag #GooddaySelamatSelebraya #GooddayARtist #SusuGoodday #GooddayMilk dan tag @gooddaymilkmy di Instagram Feed dan Goodday Milk Malaysia di Facebook Wall.

Susu Goodday akan umumkan 5 pemenang bertuah setiap minggu selama 4 minggu peraduan itu berlangsung dan di laman Facebook Goodday Milk Malaysia.

Peraduan bermula pada 25 Mei sehingga 21 Jun 2020. Jadi, tunggu apa lagi? Dah ready nak beraya bersama Andi, Elfira dan Mark? Klik SINI untuk mengakses laman webAR.

*Tertakluk kepada terma dan syarat
*Tidak sesuai untuk desktop
*Pastikan korang gunakan smartphone untuk akses laman webAR okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×