Hantaran Instagram Story (IG) penyanyi, Syada Amzah semalam telah menimbulkan tanda tanya apabila dia meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dirinya dan keluarga dihalau dari rumah sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Gila Lah, Rasa Macam Kita Ni Haiwan Terbiar. Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi..’ – Syada Amzah
Artikel Berkaitan: Syada Amzah ‘Unfollow’ Shila Di Instagram? Hanya Sokong Syahir Dalam Famili Duo?
Enggan ulas
Tidak menunggu lama, pihak OhBulan! cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemilik nama Nursyuhada Amir Amzah. Namun, penyanyi itu menyerahkan kepada pengurusnya, Hasina untuk berhubung dengan pihak media.
Menurut kiriman WhatsApp yang dihantar, Syada enggan mengulas lanjut selain mengambil pendekatan untuk berdiam diri.
Buat masa sekarang, Syada tak ada komen apa-apa tentang hantaran tersebut.
Terdahulu, anak kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala itu mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumahnya meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.
Susulan itu, dalam hantaran yang lain, Syada memaklumkan bahawa dia sedang mencari rumah sewa untuk keluarganya.
Sebelum ini, timbul spekulasi Syada dan Shila saling bermasam muka menjadi bahan bualan ramai apabila mereka saling tidak mengikuti akaun IG masing-masing. Syada kemudian menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa perselisihan faham di antara adik beradik adalah perkara yang biasa.