Penyanyi, Syada Amzah menolak dakwaan yang mengatakan dirinya sedang dingin dengan kakaknya, Shila Amzah.
Artikel Berkaitan: Syada Amzah ‘Unfollow’ Shila Di Instagram? Hanya Sokong Syahir Dalam Famili Duo?
Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo
Tiada masalah dengan kakak
Menurut Syada atau nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah, hubungannya dengan Shila baik-baik saja.
Tambahnya lagi, perselisihan faham di antara adik beradik adalah perkara yang biasa.
Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik. Saya rasa sebagai manusia biasa, perkara itu adalah biasa.
Ada sahaja bertembung dengan Shila di Night Of Fright, elok saja boleh bertegur dan berpeluk.
Jangan risau tiada insiden tarik rambut, jadi risaulah pasal keluarga sendiri dulu okey?
Penyanyi berusia 25 tahun ini turut mengulas tindakannya yang hanya memberi sokongan kepada abangnya, Syahir Amzah yang menyertai program Famili Duo bersama Shila.
Dia menjelaskan, sokongan tersebut bertujuan untuk memberikan semangat kepada Syahir, memandangkan ini pertama kali dia menyertai pertandingan nyanyian sebesar ini tanpa ahli kumpulannya.
Saya beri semangat untuk abang daya sebab ini pertandingan nyanyian pertama yang dia sertai tanpa bandnya.
Jadi, saya hanya menunjukkan sokongan sebagai adik dan ada juga menulis untuk The Amzah.
Kalau saya dan Shila tidak okey, takkanlah hendak menulis The Amzah. Harap penjelasan ini menjawab semua persoalan.
Sekadar info, Shila dan adik lelakinya, Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang akan bersiaran secara langsung bermula 15 Oktober 2023, setiap hari Ahad, 9.00 malam di TV3.