Mengakui suka membaca bahan ilmiah, pelakon Syafi Tee memasang niat untuk menjadi penceramah kerana mahu berkongsi ilmu dan pandangan dengan golongan muda.
Artikel Berkaitan: Syafi Tee Idam Watak Antagonis – ‘Saya Suka Psiko Orang, Tak Mahu Cerita Kejam Setakat Bunuh’
Artikel Berkaitan: Syafi Tee Selesa Bersendirian, Mahu Fokus Pada Diri Sendiri – ‘Saya Tak Keluar Melepak Dengan Orang’
Jadi penceramah
Syafi atau nama lengkap Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, 31, berkata, dia ingin menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh menerusi bahan bacaan sekali gus memberi manfaat.
Selain jadi pelakon, saya mahu suara dan pandangan didengar sebab saya suka membaca selain mahu tolong orang.
Banyak bahan bacaan yang boleh bagi input bermanfaat untuk dikongsikan kepada umum.
Saya jenis yang suka menimba pengetahuan, tidak mahu setakat duduk sahaja. Dengan membaca kita dapat menemui jawapan untuk pelbagai kemusykilan.
Apabila dapat rungkaikan persoalan, jawapan itu kemudian berkembang kepada perkara lain yang membuatkan saya tidak puas cari ilmu dan kemudian berkongsi dengan orang lain.
Syafi berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bapa galakan
Walau bagaimanapun, Syafi berkata, keinginan menjadi penceramah bukan atas saranan bapanya iaitu pendakwah terkenal Dr Mohd Ridhuan Tee. Sebaliknya, dengan keinginan sendiri.
Banyak subjek boleh kita ketengahkan termasuk berkaitan isu kesihatan, keadaan mental, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.
Ayah saya bagi galakan sahaja sebab dia tahu kecenderungan saya selain berlakon adalah berkongsi info macam saya buat menerusi audio siar TeeBrothers.
Podcast yang saya mulakan akhir 2022 itu menjadi platform untuk zahirkan pandangan. Bapa saya juga antara tetamu terawal podcast itu.
Jadi kalau nak panggil saya kongsi pandangan dengan pelajar universiti atau sekolah, saya sangat alu-alukan.