berita

‘Ini Cadangan Teramat Bod*h, Jangan Jadi Artis Jahil’ – Ridhuan Tee Tak Sokong Pendapat Rosyam Nor

January 9th, 2024 | by Alia
Kini Trending

ridhuan rosyam

Pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah tampil menegur pendapat yang disuarakan oleh pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berhubung mewujudkan pusat pelacuran untuk pekerja asing.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nampak Anak Bini Kita Silap Silap Dirogol’ – Rosyam Nor Berpendapat Rumah Pelacuran Penting Untuk Pendatang Asing Lepaskan Nafsu

Artikel Berkaitan: Isteri Melayan Suami Seperti Pelacur, Menyimpang Dari Ajaran Islam

Teguran & penjelasan

ridhuan rosyam

Menerusi penjelasan panjang lebar di Facebook (FB), Ridhuan menyatakan bahawa dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan tersebut berikutan ianya boleh melanggar hukum agama malah dilihat menggalakkan maksiat.

Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini, pergilah mengaji. Jangan jadi artis (termasuk yang lain) jahil.

Setiap masalah tersebut, sudah ada jalan penyelesaiannya. Pergilah baca. Lebih-lebih lagi mengikut perspektif agama masing-masing. Lagi pun kajian demi kajian telah dibuat. Ini bukan perkara baharu. Persoalannya, mahu laksanakan atau tidak?

Tapi bukan dengan menyelesaikan, bukan dengan cara maksiat atas maksiat. Ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi masalah.

Dalam masa yang sama, Ridhuan turut berasa risau sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan kerana negara bakal berdepan dengan penularan penyakit berjangkit yang berpunca daripada hubungan seksual.

Saya yakin, jika cadangan ini diterima, yang ramai jadi pelacur nanti adalah anak-anak kita, bukan dari kalangan pekerja asing ini. Ini belum termasuk lagi masalah penyakit yang akan ditimbulkan seperti HIV AIDS dan sebagainya. Pendek kata, orang yang bercakap ini, cara berfikir dia amat naif. Tidak layak diikuti, meskipun datang daripada orang yang berpengaruh. Bertaubatlah.

Selain itu, Ridhuan percaya bahawa setiap agama telah pun menggariskan penyelesaian yang baik berhubung permasalahan ini terutama agama Islam yang sama sekali tidak membenarkan aktiviti tersebut dilakukan oleh setiap penganutnya.

Percayalah, setiap agama (bangsa) sudah ada jalan penyelesaian masing-masing. Galilah dan koreklah jalan penyelesaian mereka. Jangan pakai cakap sahaja sehingga nampak kebodohan diri.

Dalam Islam, jelas diberikan garis panduan, dalam mengekang masalah seks yang membuak-buak, jika seks itulah yang menjadi alasan. Antaranya adalah dengan puasa, doa, istighfar, mencintai Allah dan Rasul, solat malam, menahan pandangan, berkumpul dengan orang baik-baik (soleh), menikah, hindari peransang nafsu syahwat, ingatlah dosa dan balasannaya, gaya hidup sihat, hindari zina dan banyak cara lagi. Ini ikut cara Islam.

Agama (bangsa) lain pasti ada cara mereka sendiri, sudah tentu bukan dengan cara membuka rumah untuk pelacur.

Terdahulu, demi mengurangkan risiko kes rogol di negara ini, Rosyam memberi pendapat bahawa pusat pelacuran boleh dijadikan tempat untuk pekerja asing melepaskan nafsu mereka.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah menimbulkan perasaan kurang senang oleh banyak pihak.

Sumber: FB Ridhuan Tee

SKIP THIS AD ×