Disebabkan penularan COVID-19, ramai rakyat marhaen macam kita ni tengah susah kerana kehilangan sumber pendapatan. Pelakon terkenal macam Syafie Naswip pun terjejas sebab banyak ‘job’ yang kena cancel. Haa.. Tapi Syafie Naswip selamba je pilih untuk jadi rider foodpanda sebab nak survive. Nak hidup lah katakan..
Tapi kan.. Jadi rider ni banyak cabaran nak kena hadap, lagi-lagi time bulan Ramadan ni. Kalau korang nak tau macam mana pahit manisnya bekerja sebagai seorang rider ni.. Jom kita tengok video Syafie Naswip kongsi pengalaman dia jadi rider foodpanda!
Haa.. Menarik kan cerita Syafie Naswip ni? Ada buat korang rasa nak jadi rider foodpanda jugak tak?
Kiriman Keriangan Merapatkan Kita
Selalunya bila bulan Ramadan, kita mesti nak balik kampung berbuka dengan family kan? Tapi disebabkan tengah PKP, dan kita ni bukanlah golongan kayangan.. Macam mana nak rentas negeri jumpa family kan?
Jangan risau! Dengan app foodpanda, korang dah boleh order untuk yang tersayang walaupun diorang tinggal dekat negeri lain. Lepas tu korang video call lah sambil berbuka macam Syafie Naswip buat dalam video tu. At least, hilang lah sikit rindu tu bila tengok family tersenyum sebab korang buat surprise hantar makanan favourite diorang kan?
Lagi pun.. Banyak fadhilatnya kalau kita bagi makan untuk orang buka puasa tau! Lagi-lagi di bulan Ramadan ni yang keistimewaanya lebih dari bulan-bulan yang lain. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita order untuk yang tersayang sekarang!