berita

Syafie Naswip Turun 27KG Bagi Menghidupkan Watak Gangster

September 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Syafie Naswip, 31 memberitahu dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 27 kilogram (kg) bagi menghidupkan watak ‘gangster’ dalam filem ‘Fanna’ yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Aksi Tunjuk Jari Tengah, Pengarah Yang Suruh Saya Buat ‘ – Fify Azmi

Artikel Berkaitan: Fify Azmi Jawab Dakwaan Kerap Terjebak Cinta Lokasi, Nafi ‘Playgirl’ – ‘Biarlah Orang Buat Andaian’

Turun 27 kilogram

Ketika ditemu bual Ohbulan! pada malam gala filem ‘Fanna’ di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini, Syafie berkata dia berjaya menurunkan berat badan daripada 78 kg hingga 51 kg dengan bantuan jurulatih berpengalaman termasuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Sebelum terima tawaran filem Fanna, saya terbabit dalam penggambaran lain yang memerlukan tubuh berisi. Saya pula memang suka makan, jadi, berat bertambah. Apabila pengarah filem Fanna, Andy Liew hubungi saya untuk tawarkan watak, dia minta saya turunkan berat badan jika berminat. Jadi, saya anggap ini adalah ‘wake up call’ untuk kembali amalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, untuk buang lebihan lemak kira-kira 20 kg dalam tempoh dua bulan, bukan mudah. Apa yang saya buat adalah tidak minum air manis, jaga makan dan bersenam.

Tambah Syafie, dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran dalam filem ini. Ini kerana, watak Shafik yang dilakonkan itu penuh dengan babak aksi. Ujarnya lagi, dia sudah melakukan yang terbaik dan menyerahkan kepada penonton untuk menilai.

Dalam setiap kerja yang dibuat, saya tidak letak jangkaan terlalu tinggi. Saya serahkan bulat-bulat kepada Tuhan, sama ada ia berjaya atau tidak. Sebagai pelakon, saya perlu terus berusaha. Untuk watak ini, saya perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal. Banyak babak aksi termasuk menggunakan senjata api dan terjatuh dari tempat tinggi.

Boleh dikatakan 40 peratus aksi lasak saya lakukan sendiri. Disebabkan itu, saya alami beberapa kecederan ringan.

Selain Syafie, filem ini turut dibintangi oleh Fify Azmy, Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×