berita

‘Syafiq Dipercayai Terlelap Ketika Memandu’ – Polis

December 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam media melaporkan penyerang muda pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap. Susulan kemalangan tersebut, tiga nyawa terkorban dalam nahas tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemain JDT Syafiq Ahmad Kemalangan, Bayi Berusia 22 Hari & Ibu Mertua Meninggal Dunia

Terbaru, menerusi laporan Harian Metropihak polis mendapati punca kemalangan itu disebabkan Syafiq ‘terlelap’ sebelum kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

Dipercayai terlelap

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, Syafiq ketika itu tertidur sekali gus, menyebabkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang dipandunya terbabas.

Gagal mengawal kenderaan menyebabkan pemandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik dan terseret berdasarkan kesan calar di jalan. Kejadian menyebabkan tiga penumpang iaitu bayi lelaki, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Tambahan pula, isteri kepada Syafiq mengalami patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut, otak serta patah tulang paha kiri. Manakala, anak sulungnya mengalami pendarahan dalam otak dan kedua mereka kini, sedang mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Syafiq tak mengantuk

Terbaru menerusi laporan Sinar Harian, bapa kepada Syafiq, Ahmad Ibrahim, menafikan bahawa anakya ketika itu sedang mengantuk. Jelas ayahnya lagi, anaknya ketika itu cuba mengelak sesuatu di jalan raya sebelum terbabas.

Dia tidak mengantuk, sebaliknya cuba me­ngelak sesuatu di tengah jalan, tetapi saya tidak pasti apakah objek itu.

Ibrahim ketika itu, terkejut menerima berita tersebut, kerana tidak tahu Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan menuju ke Pendang Kedah.

Mahu pulang ke kampung

Terdahulu, Syafiq memandu dari Johor Bahru menuju ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah. Kejadian yang berlaku kira-kira empat pagi itu telah mengorbankan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

Jenazah anak keduanya bersama ibu mentuanya sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang, Kedah.

Sumber: Harian Metro Sinar Harian

SKIP THIS AD ×