Penyanyi, Syafiq Farhain berkongsi tentang persiapan rayanya bersama isteri yang disambut sederhana pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: Bakal Bergelar Bapa, Isteri Syafiq Farhain Menunggu Hari Untuk Bersalin
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Takut Saham Jatuh’ – Syafiq Farhain Nikahi Pengurus
Tidak bertugas
Syafiq atau nama sebenarnya Nur Syafiq Farhain A.M Salim yang juga merupakan anggota bomba berkata pada tahun ini dia tidak bertugas seperti tahun-tahun sebelum ini.
Saya duduk di pejabat (bomba) sekarang ini, jadi saya mudah untuk memohon cuti dan senang untuk balik ke kampung. Kalau duduk di balai susah, kadang-kadang empat tahun sekali baru boleh balik.
Penyanyi berusia 26 tahun ini juga turut berkongsi tentang persiapan rayanya bersama isteri yang sedang sarat mengandung anak pertama mereka.
Persiapan raya semuanya sudah selesai awal dan pada tahun ini kami beraya bersederhana sahaja sementara menunggu kelahiran anak pertama kami yang mungkin lahir selepas raya ini.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Rusa Music dan MVM Production.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang Maafkan Aku berkata tahun ini merupakan tahun pertama dia beraya bersama keluarga mentua di Terengganu.
Tahun ini raya pertama saya beraya rumah mertua, tahun kedua beraya bersama isteri. Kampung isteri di Terengganu juga jadi tidaklah jauh dengan kampung saya hanya mengambil masa dalam 45 minit dari kampung saya.
Sekadar info, Syafiq mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya sendiri, Alia Nadia pada 10 Oktober 2021.